21 Jun (Selasa) - Hari ini bermulalah sesi kempen oleh para calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti sesi 2011/2012. Seramai 29 orang calon terlibat. Mereka mengadakan sesi berkempen dengan menjelaskan kepada para pengundi, mengapa mereka perlu dipilih dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada 28 Jun 2011.
Calon-calon bukan sahaja perlu "menjual" diri mereka kepada para pengundi, malah berkeupayaan menjawab soalan-soalan spontan daripada para pengundi. Justeru, mereka memerlukan keupayaan untuk bercakap secara spontan dalam penucapan awam. Semoga pengalaman selama seminggu berkempen ini akan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga kepada para calon.
Selamat maju jaya diucapkan kepada para calon yang akan beradu nasib pada 28 Jun 2011. Kepada para pengundi, diharap tidak ada yang gagal menhadirkan diri ke sekolah kerana pengalaman melalui pilihan raya semasa berada di sekolah merupakan pengalaman yang jarang-jarang berlaku di tempat lain.