Showing posts with label PILIHAN RAYA. Show all posts
Showing posts with label PILIHAN RAYA. Show all posts

6/29/2011

PILIHAN RAYA MPPPU SESI 2011/2012: SYABAS DAN TAHNIAH

6/29/2011
28 Jun (Selasa) - Syabas dah tahniah kepada pihak "unit" pilihan raya MPPPU yang berjaya mengendalikan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim Sesi 2011/2012 yang diadakan pada hari ini. Pusat pengundian dibuka sekitar pukul 12.45 tengah hari dan ditutup pada pukul 1.30 petang. Proses pengundian secara online berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah yang berlaku sepanjang proses pengundian berlangsung.

Seramai 166 orang pemilih telah keluar mengundi untuk memilih 12 jawatan yang dipertandingkan. Satu jawatan lagi dimenangi semasa proses penamaan calon dijalankan. Walau bagaimanapun daripada 12 jawatan tersebut, jawatan presiden sebenarnya tiada persaingan kerana salah seorang calon yang bertanding telah melanjutkan pelajaran ke politeknik.

Pegumuman rasmi disempurnakan oleh mantan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Asris bin Ali sekitar 1.45 petang. Syabas kepada yang berjaya dipilih, manakala yang tidak berjaya, diharap akan memberikan komitmen yang padu dalam membantu barisan kabinet MPPPU yang baru. Majlis penyerahan tampuk kepimpinan MPPPU daripada barisan MPPPU sesi 2010/2011 kepada barisan MPPPU sesi 2011/2012 akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Berikut diperincikan keputusan Pilihan Raya MPPPU Sesi 2011/2012;

PRESIDEN

MOHD ZULFAQAR SYARHAN BIN ABDUL RAZAK ....16 10%

AHMAD FUAD BIN ABDULLAH SANI (MENANG)..150 90%


TIMBALAN PRESIDEN

MOHD SYAFIRUL BIN ABU ZAHARIN (MENANG)....75 45%

NURUL FAHIMA BT ZAN ..... 52 31%

NOOR IZUWAN BIN AZMI...39 23%


NAIB PRESIDEN 1

MOHD FAZRIN BIN SUDIRMAN (MENANG)... 86 52%

NOOR MAIMUNAH BINTI IJAHAR .....80 48%


NAIB PRESIDEN 2

NUR AQILLAH BINTI KHILALUDDIN (MENANG) ...105 63%

NUR SHANA HIDAYAH BINTI AHAMAD ARSHAD ....61 37%


SETIAUSAHA

SOLEHAH BINTI ABU SAMAH .....35 21%

NUR AZZA SHAKINA BINTI HASSAN (MENANG) ....98 59%

NADRAH SUHAILA BINTI AHMAD KAMAL .... 33 20%


NAIB SETIAUSAHA

SYAZA FASIHA BINTI SIPAL ANUWAR (MENANG) ...76 46%

LEONG YIH FAANG .....44 27%

NOR SAFIQAH BINTI ESA ......46 28%


BENDAHARI

LEW XIU QING ......66 40%

NURUL SURAYA BINTI ARIFFIN .....100 60%


EXCO KURIKULUM

MEGAT ISKANDAR ZULQARNAIN BIN MEGAT IBRAHIM (MENANG)

......112 67%

WAI XIN YING .......54 33%


EXCO KOKURIKULUM

BADRUL ANAS BIN ABD MALIK ......55 33%

NUR ADILAH BINTI YEOP DAHARI.....29 17%

AHMAD DANIAL BIN AWALUDDIN (MENANG) ....82 49%


EXCO DISIPLIN

YAMUNA A/P BALAJI ......45 27%

SAROJINI A/P KADAN .....54 33%

MOHAMAD SHAMSUL IZHAM BIN RATIMAN (MENANG) ..67 40%


EXCO HUBUNGAN LUAR

AFIQ ZIKRI BIN ABD GAFAR...... 52 31%

MUHAMMAD SYAHRIZAM BIN IDRUS (MENANG) ....114 69%


EXCO TUGAS-TUGAS KHAS

NOR HAWANIS BINTI ARSHAD ......62 37%

MOHD DZULHAFIZ BIN ZAIMEE (MENANG) .....104 63%


EXCO KEBAJIKAN

VIJAY (MENANG TANPA BERTANDING)

6/28/2011

PETUGAS PILIHAN RAYA MULAI MENGUNDI HARI INI

6/28/2011
27 Jun (Isnin) - Seramai 12 orang petugas pilihan raya MPPPU 2011/2012 telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih pada hari ini. Mereka merupakan sebahagian daripada 17 orang petugas yang akan menjalankan tugas masing-masing dalam pilihan raya tersebut. Lima orang lagipetugas akan mengundi lebih awal daripada para pengundi lain pada esok hari.

Pada pilihan raya kali ini seramai 13 jawatani dipertandingkan, iaitu tambahan satu jawatan lagi berbanding sesi sebelumnya. Jawatan baru tersebut iaitu Naib Setiausaha. Seorang calon Exco Kebajian telah menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon, manakala seora lagi bagi jawatan Presiden apabila pesaingnya telah melanjutkan pelajaran ke politeknik. Bagi sebelas jawatan yang lain akan menyaksikan persaingan sengit dua penjuru dan tiga penjuru.

Pada hari esok, seluruh pelajar akan melaksanakan undian masing-masing secara online. Sistem pilihan raya secara online mulai diperkenalkan pada sesi 2009/2010 yang lalu. Namun, atas hasrat MPPPU yang mengendalikan pilihan raya pada sese 2010/2011, pilihan raya secara offline diadakan pada sesi tersebut. Kini, kaedah pilihan raya online dipilih semula kerana aspek kecekapan proses pengiraan yang jauh lebih baik berbanding pemilihan secara offline.

Sistem pemilihan secara online untuk sesi ini telah diuji selama seminggu, apabila semua pensyarah telah mulai mengundi sejak 20 Jun 2011. Sehingga kini sistem berjalan dengan lancar serta sebarang masalah berlaku.

6/21/2011

PILIHAN RAYA MPPPU SESI 2011/2012: KEMPEN BERMULA

6/21/2011
21 Jun (Selasa) - Hari ini bermulalah sesi kempen oleh para calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti sesi 2011/2012. Seramai 29 orang calon terlibat. Mereka mengadakan sesi berkempen dengan menjelaskan kepada para pengundi, mengapa mereka perlu dipilih dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada 28 Jun 2011.

Calon-calon bukan sahaja perlu "menjual" diri mereka kepada para pengundi, malah berkeupayaan menjawab soalan-soalan spontan daripada para pengundi. Justeru, mereka memerlukan keupayaan untuk bercakap secara spontan dalam penucapan awam. Semoga pengalaman selama seminggu berkempen ini akan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga kepada para calon.

Selamat maju jaya diucapkan kepada para calon yang akan beradu nasib pada 28 Jun 2011. Kepada para pengundi, diharap tidak ada yang gagal menhadirkan diri ke sekolah kerana pengalaman melalui pilihan raya semasa berada di sekolah merupakan pengalaman yang jarang-jarang berlaku di tempat lain.

6/17/2011

"DEMAM" PILIHAN RAYA MULAI TERASA

6/17/2011
16 JUN (Khamis) - Pada hari ini telah berlangsung proses pengisytiharan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihan raya MPPPU 2011/2012 yang akan dijalankan pada 28 Jun 2011. Para calon akan diberi selama seminggu untuk berkempen iaitu bermula pada 21 hingga 27 Jun 2011.

Secara tradisinya, aktiviti tersebut merupakan khidmat terakhir barisan kepimpinan MPPPU Sesi 2010/2011 iaitu melaksanakan pilihan raya MPPPU Sesi 2011/2012. Sehubungan dengan itu proses penamaan calon telah dijalankan pada 14 Jun 2011.

Daripada kertas pencalonan yang diterima maklumat awal yang diterima daripada 13 jawatan dalam MPPPU, hanya satu jawatan sahaja yang dimenangi tanpa bertanding iaitu Exco Kebajikan, apabila seorang lagi calon memilih untuk bertanding jawatan naib presiden. Selain daripada itu kebanyakan jawatan memperlihatkan sama ada saingan dua penjuru atau tiga penjuru. Bagi jawatan presiden akan menyaksikan persaingan antara dua orang calon.

11/09/2009

KEPUTUSAN MPPPU: "PARTI WIRA" AKAN MEMBENTUK KABINET SECEPAT MUNGKIN

11/09/2009
[DIKEMASKINI] Syabas dan tahniah kepada "Parti Wira" yang meraih majoriti besar bagi membolehkannya membentuk kabinet pertama MPPPU secepat mungkin. Parti Wira telah memenangi 10 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan, termasuk satu kerusi semasa hari penamaan calon. Dua kerusi lain dimenangi oleh Parti Waja. Seramai 103 orang pengundi atau 73.57% telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Mengikut "daftar pemilih" yang terkini, seramai 140 orang pengundi berdaftar yang layak mengundi.
Saudari Alia Nadhirah Hamdan telah dipilih sebagai presiden MPPPU setelah "menumbangkan" dua orang calon lain. Beliau mendapat 57 undi (55%) sementara dua orang lagi iaitu Chong Yu Khong, "Parti Perdana" yang meraih 20 undi (19%) dan seorang lagi Ng Pey Kee, "Parti Waja" yang mendapat 26 undi (25%).
Diharap kepada "wakil-wakil rakyat" yang baru dipilih ini akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan segala menifesto semasa kempen baru-baru ini dapat direalisasikan.
Keputusan penuh adalah seperti berikut;

Presiden
  1. Alia Nadirah bt Hamdan (Wira) 57 undi /55%
  2. Chong Yung Khong (Perdana) 20 undi / 19%
  3. Ng Pey Kee (Waja) 26 undi / 25%
Timbalan Presiden
  1. Mohd Syahir b. Zubir (Wira) 49 undi / 48%
  2. Nor Hashimah bt. Hameruddin (Waja) 15 undi / 15%
  3. Lau Lin Tiong (Perdana) 26 undi / 25%
  4. Nur Malinda (Waja) 13 undi / 13%
Naib Presiden 1
  1. Noor Nurul Izzahti bt. Mohamad Jaafar (Wira) 52 undi / 50%
  2. Yee Shiew Onn (Perdana) 11 / 11%
  3. Ng Mei Lai (Perdana) 19 undi / 18%
  4. Chin Li Ying (Waja) 21 undi / 20%
Naib Presiden 2
  1. Mohd Zaidi bin Hashim (Wira) 35 undi / 34%
  2. Nur Amalina bt Mohd Jali (Waja) 23 undi / 22%
  3. Chua Jin Yin (Perdana) 9 undi / 9%
  4. Fong Pei Gen (Perdana) 9 undi / 9%
  5. Ong Chui Yun (Waja)6 undi / 6%
  6. Puvaneswary (Waja)21 undi / 20%
Setiausaha
  1. Zulaikha bt Md Dzaki (Wira) 72 undi / 70%
  2. Lim Kar Wai (Perdana) 31 / 30%
Bendahari
  1. Valarmathy a/p Kadan (Wira) 32 undi / 31%
  2. Ling Yoke Chong (Perdana) 27 undi / 26%
  3. Azidah Mohd Lasim (Waja) 44 undi / 43%
Exco Kurikulum
  1. Rifdiasyraf b. Razale (Wira) 36 undi / 35%
  2. Chan Shin Ying (Perdana) 28 undi / 27%
  3. Nur Zalikha Mohd Ariff (Waja) 39 undi / 38%
Exco Kokurikulum
  1. Noramira bt. Mohd Rezuan (Wira) 41 undi / 40%
  2. Ng Kar Heng (Perdana) 32 undi / 31%
  3. Puteri Aida Haris (Waja) 30 undi / 29%
Exco Kebajikan dan Sosial
  1. Mohd Hidayat (Wira) 47 undi / 46%
  2. Tan Yuen Shan (Waja) 29 undi / 28%
  3. Shalini a/p Ganasamoorthy (Waja) 27 undi / 26%
Exco Hubungan Luar
  1. Nurul Hidayah Ridwan (Wira) 68 undi / 66%
  2. Lim Boon Guan (Waja) 35 undi / 34%
Exco Disiplin
  1. Norsaidatul Syafikka bt. Jamal (Wira)
    (Menang tanpa bertanding)
Exco Tugas-Tugas Khas
  1. Nurazura Razali (Wira) 34 undi / 33%
  2. Siti Nur Zalikha (Waja) 23 undi / 22%
  3. Yoon Lai Wan (Perdana) 26 undi / 25%
  4. Anbarasan (Waja) 20 undi / 19%

PILIHAN RAYA MPPPU BERJALAN DENGAN LANCAR

[DIKEMASKINI] Walaupun perjalanan ke arah merealisasikan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPPU) SMK Khir Johari, Tg.Malim agak kurang lancar memandangkan banyak perkara yang diluar jangka telah berlaku, akhirnya ia dapat dijayakan juga pada pagi ini.
Setelah semua aspek teknikal (termasuk yang paling penting iaitu akses ke internet) dapat disiapkan "Pusat mengundi" dibuka seawal 8.30 pagi dan secara rasminya ditutup pada pukul 11.00 pagi.
Seramai 103 orang daripada 140 orang pengundi atau sebanyak 73.57% telah keluar mengundi. Mereka terdiri daripada tiga kelas tingkatan enam atas dan tiga kelas dari tingkatan enam rendah.
Pilihan raya MPPPU SMK Khir Johari yang julung kalinya diadakan ini telah menempa suatu kejayaan yang tersendiri apabila ia diadakan secara online. Iaitu, para pengundi hanya mengundi menggunakan laptop yang disediakan menggantikan kertas undi dan pensil seperti dalam amalan pilihan raya di negara kita.
Alhamdulillah, nampaknya talian internet berfungsi dengan baik sehingga memungkin pilihan raya ini dapat dilangsungkan dengan lancar. Walaupun sesekali liputan wifi terganggu kerana kedudukan pusat mengundi di kantin sekolah dan makmal ICT agak sedikit terlindung, namun secara keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan lancar.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para calon yang telah bertungkus lumus berkempen serta para pengundi yang telah menjalankan tugas masing-masing.
Insya Allah, keputusan rasmi akan diumumkan selewat-lewatnya sebelum pukul 12.00 tengah malam ini. Begitu juga dengan perkembangan terkini pasca pilihan raya MPPPU.

11/02/2009

PILIHAN RAYA MPPPU: KEMPEN BERMULA!

11/02/2009
Pada hari ini seramai 34 orang daripada 38 orang calon yang bertanding dalam Pilihan Raya MPPPU 2009/2010 melakukan kempen masing-masing. Para calon berkempen di hadapan semua pelajar tingkatan enam rendah sejurus mata pelajaran terakhir peperiksaan akhir tahun selesai sekitar jam 11.30 pagi.
Oleh sebab ini merupakan pengalaman pertama masing-masing berkempen, masih banyak lagi aspek yang boleh dipertingkatkan pada masa akan datang. Antara kemahiran yang masih boleh dipertingkatkan ialah, penggunaan bahan kempen seperti poster atau pamflet. Cara berpidato bagi mempengaruhi minda pengundi. Justeru, kebanyakan calon hanya memperkenalkan diri masing-masing dan sedikit janji yang akan dilakukan jika masing-masing terpilih dalam pilihan raya yang dijangka akan berlangsung pada 9 November nanti.
Dalam ucapan pengelola pilihan raya, Cikgu Abd Malek menasihati para calon agar dapat menggunakan masa yang ada untuk terus menjalankan kempen yang sihat. Para calon yang ingin mewujudkan pakatan tertentu bagi memastikancalon-calon yang bersefahaman memenangi pilihan raya juga dialu-alukan.
Beliau menasihati kepda para pengundi agar bijak memilih teraju kepemimpinan MPPPU. Pastikan calon-calon yang dipilh berdasarkan kewibawaan membawa organisasi ke arah yang lebih mantap.

10/30/2009

PILIHAN RAYA MPPPU: POSTER CALON DILANCARKAN

10/30/2009
Walaupun peperiksaan tingkatan enam rendah dan program Gerak Gempur masih berlangsung, usaha ke arah pilihan raya MPPPU kali pertama terus diatur.
Sehubungan dengan itu, poster senarai penuh calon yang akan bertanding mula ditampal di kelas-kelas tingkatan enam mulai hari ini.
Semoga dengan kemunculan poster ini akan menaikkan lagi semangat para calon dan juga para pengundi. Untuk makluman semua, pilihan raya dijangka akan dilaksanakan pada minggu terakhir persekolahan.
Sekiranya para calon ingin menghasilkan poster sendiri, pihak pengurusan pilihan raya amat mengalu-alukan dengan syarat poster yang ingin digunakan sebagai bahan kempen tersebut mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Bagi menjelaskan semua perkara yang berkaitan perjalanan kempen, satu taklimat melibatkan calon-calon akan dibuat dalam jangka masa yang terdekat. Sekiranya masih ada kesilapan ejaan pada nama, harap dapat segera dimaklumkan untuk tujuan pembetulan. Harap maklum.

10/25/2009

PERKEMBANGAN TERKINI PILIHAN RAYA MPPPU

10/25/2009
Pihak pengelola pilihan raya MPPPU 2009/2010 memohon maaf kepada para calon dan pengundi kerana beberapa masalah teknikal yang berkaitan dengan pengurusan telah menyebabkan proses pilihan raya tidak berjalan seperti yang dirancang.
Oleh sebab beberapa orang guru yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pilihan raya tidak berada di sekolah maka beberapa tarikh penting berkaitan dengan aktiviti tersebut ditunda ke tarikh yang lain.
Sehingga kini, nama-nama calon yang akan bertanding telah muktamad. Insya Allah beberapa hari lagi nama-nama tersebut akan dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun memandangkan peperiksaan akhir tahun akan berlangsung pada minggu hadapan maka, aktiviti tersebut akan ditunda ke minggu terakhir persekolahan. Dua proses yang terbabit ialah, kempen dan pengundian.
Pihak pengelola sehingga kini menerima respon yang positif daripada para pelajar tingkatan enam atas agar mereka juga dilibatkan dalam proses pengundian. Justeru, jika semuanya berjalan dengan lancar para pelajar tingkatan enam akan mencatat sejarah melaksanakan pilihan raya dalam memilih wakil-wakil MPPPU.

10/16/2009

PILIHAN RAYA: MAKLUMAN TERKINI

10/16/2009
16 OKTOBER - Pihak pengelola pilihan raya MPPPU memohon maaf atas ketidaklancaran proses pilihan raya yang sedang dijalankan. Hal ini disebabkan oleh cuti perayaan deepavali yang dipanjangkan sehingga hari selasa.
Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan para guru dan pelajar mendapat maklumat terkini berkaitan dengan perkara tersebut sila rujuk laman ini dari masa ke masa. Sehingga kini, pihak kami belum memutuskan bilakah hari pengundian tersebut. Waktu kokurikulum pada hari rabu akan dijadikan sebagai hari kempen memandangkan pada hari khamis sebahagian para pelajar terlibat dengan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Berkaitan dengan nama yang bertindan, sehingga kini kami masih belum menerima sebarang email bagi menentukan kedudukan calon tersebut. Oleh itu kami berharap calon-calon yang dicalonkan pada hari penamaan calon beberapa hari yang lalu, sila mengambil tindakan yang sewajarnya. Kami memberi masa sehingga hari selasa untuk anda berbuat demikian. Sekiranya tiada maklumat diterima, pihak kami akan membuat keputusan berdasarkan budi bicara dalam menetapkan senarai akhir calon yang akan bertanding.
Senarai akhir calon-calon akan dipaparkan dalam laman ini pada hari rabu, 21 Oktober 2009. Harap maklum.

10/15/2009

PROSES PENAMAAN CALON BERJALAN LANCAR

10/15/2009
15 OKTOBER (Khamis)- Proses penamaan calon secara online berjalan dengan lancar. Para pelajar memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan bagi membolehkan proses pilihan raya MPPU kali pertama berjalan dengan lancar.
Sehingga jam 12.00 tengah malam, sebanyak 6 "kertas pencalonan" telah dihantar. Pihak moderator, menyenaraikan sepenuhnya nama-nama yang dicalonkan walaupun ada nama yang bertindan untuk jawatan yang berbeza dan jawatan yang sama. Oleh itu pada hari ini, semasa pengisytiharan calon, calon-calon diberikan masa untuk menarik diri atau memilih satu jawatan sahaja.
Adalah dimaklumkan bahawa senarai jawatan yang dinyatakan di bawah merupakan senarai baru yang disesuaikan dengan jawatan-jawatan yang diguna pakai di IPT.
Berikut disenaraikan nama-nama dan jawatan yang dicalonkan.

Presiden
  1. Alia Nadirah bt Hamdan (Wira)
  2. Hidayatul Pitri b. Bustari (Waja)
  3. William Chung Wai Lam (Perdana)
  4. Chua Jin Yin (Perdana)
  5. Chong Yung Khong (Perdana)
  6. Ng Pey Kee (Waja)
Timbalan Presiden
  1. Mohd Syahir b. Zubir (Wira)
  2. Hashimah bt. Hameruddin (Waja)
  3. Lau Lin Tiong (Perdana)
  4. Yoon Lai Wan (Perdana)
  5. Nur Malinda (Waja)
  6. Choo Pooi Ying (Perdana)
Naib Presiden
  1. Noor Nurul Izzahti bt. Mohamad Jaafar (Wira)
  2. Ng Pey Kee (Waja)
  3. Yee Shiew Onn (Perdana)
  4. Chong Yong Khong (Perdana)
  5. Ng Mei Lai (Perdana)
  6. Chin Li Ying (Waja)
Naib Presiden 2
  1. Mohd Zaidi bin Hashim (Wira)
  2. Nur Amalina bt Mohd Jali (Waja)
  3. Chua Jin Yin (Perdana)
  4. Fong Pei Gen (Perdana)
  5. Ong Chui Yun (Waja)
  6. Pivaneswary (Waja)
Setiausaha
  1. Zulaikha bt Md Dzaki (Wira)
  2. Chin Li Ying (Waja)
  3. Lim Kar Wai (Perdana)
  4. Ng Mei Lai (Perdana)
  5. Yee Shiew Onn (Perdana)
  6. Nur Hashimah Hamerudin (Waja)
Bendahari
  1. Valarmathy a/p Kadan (Wira)
  2. Ong Chui Yun (Waja)
  3. Ling Yoke Chong (Perdana)
  4. Azidah Mohd Lasim (Waja)
  5. Lau Lin Tiong (Perdana)
  6. Ling Yoke Chong (Perdana)
Exco 1 (Akademik)
  1. Rifdiasyraf b. Razale (Wira)
  2. Normalinda (Waja)
  3. Chan Shin Ying (Perdana)
  4. Chan Shin Ying (Perdana)
  5. William (Perdana)
  6. Zalikha (Waja)
Exco 2 (Sukan dan Permainan)
  1. Noramira bt. Mohd Rezuan (Wira)
  2. Norasmira (Waja)
  3. Ng Kar Heng (Perdana)
  4. Choo Pooi Yin (Perdana)
  5. Foong Pei Gen (Perdana)
  6. Puteri Aida (Waja)
Exco 3 (Kebajikan dan Sosial)
  1. Mohd Hidayat (Wira)
  2. Tan Yuen Shan (Waja)
  3. Choo Poi Yin (Perdana)
  4. Yee Shiew Onn (Perdana)
  5. Ng Pey Kee (Perdana)
  6. Shalini (Waja)
Exco 4 (Hubungan Luar)
  1. Nurul Hidayah Ridwan (Wira)
  2. Nor Azidah (Waja)
  3. Foong Pei Gen (Perdana)
  4. Lim Boon Guan (Waja)
  5. Ng Kar Heng (Perdana)
  6. Amalina (Waja)
Exco 5 (Disiplin)
  1. Norsaidatul Syafikka bt. Jamal (Wira)
  2. Puteri Aida (Waja)
  3. Ng Mei Lai (Perdana)
  4. Ng Pei Kee (Waja)
  5. Chua Jin Yin (Perdana)
  6. Tan (Waja)
Exco 6 (Tugas-Tugas Khas)
  1. Nurazura Razali (Wira)
  2. Siti Nur Zalikha (Waja)
  3. Yoon Lai Wan (Perdana)
  4. Ng Kar Heng (Perdana)
  5. Yoon Lai Wan (Perdana)
  6. Anbarasan (Waja)
Senarai asal kertas pencalonan boleh lihat DI SINI

10/09/2009

MPPU DAN PIIIHAN RAYA

10/09/2009
09 OKTOBER - Guru-guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) pada hari ini telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi bagi membincangkan isu seperti yang dinyatakan dalam posting sebelum ini. Dua isu yang saling berkaitan. Iaitu penjenamaan semula PERTINAM dan pilihan raya tingkatan enam.
Secara umumnya GAT6 bersetuju dengan idea tersebut. Malah pihak pengurusan tingkatan enam juga bersetuju untuk melaksanakannya dalam tempoh yang terdekat. Oleh itu, Kolokium yang sedang berlangsung sekarang ini dijadualkan semula. Sesi pembentangan yang sepatutnya diadakan pada hari selasa dan khamis dianjak kehadapan iaitu pada hari isnin dan selasa. Penjadualan semula ini terpaksa dulakukan bagi membolehkan beberapa fasa proses pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim (nama yang digunakan sementera waktu) berjalan dengan lancar.
Fasa taklimat (Selasa, 13/10/2009): Hari selasa. Selepas sesi kolokium berakhir. Dalam fasa ini para pelajar akan dimaklumkan tentang rasional dan objektif tentang penjenamaan semula PERTINAM serta prosedur perjalanan pilihan raya.
Fasa penamaan calon (Rabu, 14/10/2009): Dijalankan secara maya selama empat hari. Borang pencalonan secara maya boleh diakses melalui laman ini mulai sekarang Sila klik bahagan pilihan raya MPPPU pada capaian di sidebar Sebarang pencalonan mestilah menyatakan nama pencadang dan penyokong. Sistem pemprosesan maklumat akan menolak pencalonan yang tidak lengkap)
Fasa Pengumuman Calon (Khamis, 15/10/2009): Jika proses pencalonan secara maya berjalan dengan lancar. Pengumuman calon-calon yang akan bertanding dibuat pada hari Isnin. Sejurus pemakluman calon-calon yang akan bertanding dilaksanakan, sesi penerangan tentang kempen pilihan raya akan dijalankan. Termasuk melantik agen calon untuk berkempen. Sebarang jawatan yang hanya ada seorang pencalonan akan dianggap menang tanpa bertanding.
Fasa Persediaan Kempen (Jumaat hingga Isnin, 16-19/10/2009): Dalam fasa ini, calon-calon yang menerima penamaan membuat persediaan untuk berkempen. Calon-calon akan melobi dengan menyediakan perkara-perkara seperti berikut; bahan-bahan edaran, poster, pamflet, kain rentang, ucapan awam dan pengumuman manifesto calon-calon.
Fasa Kempen Pilihan Raya (Selasa dan Rabu, 20 & 21/10/2009): Calon-calon memperkenalkan diri dan menyatakan visi dan misi masing-masing terhdap jawatan yang disandang dan tanggung jawab yang bakal digalas.
Fasa pengundian (Khamis, 22/10/2009): Sesi pengundian secara online akan dijalankan dalam makmal ICT mulai 2.00 petang. Jika segalanya berjalan dengan lancar, penguuman keputusan pilihanraya akan diumukan oleh Tuan Pengetua pada jam 4.15 petang pada hari yang sama.
Semoga perancangan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa