Showing posts with label BELASUNGKAWA. Show all posts
Showing posts with label BELASUNGKAWA. Show all posts

4/10/2012

BELASUNGKAWA

4/10/2012
10 April - Rombongan seramai 15 orang pensyarah serta pelajar-pelajar prauniversiti SMK Khir Johari telah berkesempatan melakukan lawatan ke rumah nenda Anisah binti Roskang di Pasir Panjang, Sekinchan atas kepergian ayahandanya yang tercinta, Dr.Roskang Jailani ke Rahmatullah pada 9 April 2012. Rombongan tersebut diketuai oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam Cik Norgayah binti Mat Sagap.Sesi lawatan diisi denga majlis bacaan Yaasin dan Tahlil. 
Pihak pengurusan Prauniversiti SMK Khir Johari, Tanjong Malim mengucapkan takziah kepada keluarga Anisah binti Roskang atas musibah yang berlaku. Semoga tabah dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

6/18/2011

BELASUNGKAWA

6/18/2011
18 Jun (Sabtu) - Pelajar Pra-u 1 Wira, Nurfarahanim binti Ismail telah kembali kerahmatullah malam tadi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama keluarga di Batang Kali. Menurut maklumat yang diterima, keluarga beliau mengalami kemalangan ngeri di mana adiknya juga turut menerima nasib yang sama. Manakala keluarga yang lain dalam kereta turut mengalami cedera parah.

Allahyarhamah merupakan seorang yang disenangi rakan-rakan dan guru-guru kerana perwatakannya yang lemah lembut serta berbudi pekerti luhur. Beliau telah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding bagi kerusi bendahari dalam pilihan raya MPPPU yang akan dilaksanakan pada 28 Jun ini.

Semoga Allah S.W.T. akan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang muttaqin dan solehin serta beroleh limpahan rahmah dan maghfirah daripada-Nya. Amin.. Al Fatihah
______
Catatan: Foto terakhir almarhumah sewaktu majlis pengistiharan calon pilihan raya MPPPU pada 16 Jun 2011 yang lalu.



 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa