Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts

7/31/2011

PRA-U SMK KHIR JOHARI JUARA KARNIVAL SUKAN DAERAH 2011

7/31/2011
30 Julai (Sabtu) - Syabas dan tahniah kontinjen Pra-U SMK Khir Johari, Tg.Malim kerana berjaya merangkul kejuaraan Karnival Sukan Prauniversiti Daerah Batang Padang 2011. Kejohanan kali ketiga sejak tahun 2009 ini diadakan di SMK Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River.

Daripada empat acara yang dipetandingkan, Pra-U SMKKJ menjuarai acara bola tampar dan futsal. Manakala acara bola baling mendapat naib johan dan acara bola jaring terkeluar daripada persaingan ke separuh akhir.

Tahniah kepada para pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam memastikan kejuaraan pada tahun ini kembali semula ke pangkuan Pra-U SMKKJ setelah terlepas kepada SMK Sungkai pada tahun lepas.

Semoga dengan kejayaan tersebut akan menjadi pembakar semangat kepada semua agar terus menerus mencapai kejayaan dalam segenap bidang. Syabas sekali lagi...

Keputusan Rasmi Acara-acara yang Dipertandingkan

Futsal (Lelaki)
  1. SMKKJ vs SMK Bidor 3-1 (Menang)
  2. SMKKJ vs SMK Sungkai 1-0 (Menang)
  3. SMKKJ vs SMK Dato' Zulkifli Muhammad 1-0 (Menang)
  4. SMKKJ vs SMK Buyong Adil 2-0 (Menang)
Bola Tampar (Lelaki)
  1. SMKKJ vs SMK Tapah 30-20 (Menang)
  2. SMKKJ vs SMK Dato' Zulkifli Muhammad 30-11 (Menang)
  3. SMKKJ vs SMK Bidor 21-15, 21-17 (Menang)
Bola Baling (Perempuan)
  1. SMKKJ vs SMK Dato' Zilkifli Muhammad 2-0 (Menang)
  2. SMKKJ vs SMK Sungkai 2-1 (Menang)
  3. SMKKJ vs SMK Bidor 3-5 (Kalah)
Bola Jaring (Perempuan)
  1. SMKKJ vs SMK Tapah 3-3 (Seri)
  2. SMKKJ vs SMK Dato' Zulkifli Muhammad 2-11 (Kalah)

7/24/2011

KEM JATI DIRI, POS GESAU, ULU SLIM

7/24/2011
24 Julai (Ahad) - Seramai 38 orang pelajar Pra-U, SMK Khir Johari, Tg.Malim terlibat dalam menjayakan Kem Jati Diri di Pos Gesau, Ulu Slim dari 22 hingga 24 Julai 2011. Daripada jumlah tersebut seramai 21 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan. Perkhemahan kokurikulum tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Nat #5 X-teem, merupakan sebuah konsultan yang berpengalman dalam mengendalikan aktiviti out-door.

Antara objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar dalam menghadapi suasana yang mencabar untuk meneruskan kelangsungan kehidupan. Untuk itu, selama dua malam aktiviti yang mencabar aspek fizikan dan mental dilakukan iaitu aktiviti "ikhtiar Hidup" iaitu membina khemah serta menyalakan ungun api dalam ladang kepala sawit keadaan basah serta aktiviti "explorace" dalam kebun getah. Aktiviti pada siang hari juga tidak kurang mencabar. Parapelajar dikehendaki memasak nasi menggunakan buah kelapa muda serta memanggang ikan Keli serentak menggunakan "dapur" yang sama.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Puan Hajah Noraini binti Yeub Sidi, Pengetua Cemerlang SMK Khir Johari, Tg.Malim. Turut serta dalam majlis penutupan ialah tetamu jemputan, Encik Johari Rasikan, mantan ketua kampung Behrang Ulu.

Tahniah kepada para peserta yang berjaya menamatkan program dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru dan guru pelatih UPSI yang sama-sama menjayakan program tersebut.

6/18/2011

BERTUGAS DALAM LATIHAN MERENTAS DESA

6/18/2011
18 Jun (Sabtu) - Seramai 25 orang pelajar pra-u 1 dan 2 telah menyumbangkan khidmat untuk menjaga "check-point" sewaktu latihan merentas desa yang diadakan pada pagi ini.

Latihan merentas desa tersebut dilaksanakan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang trek laluan yang akan digunakan dalam aktiviti merentas desa sebenar yang akan dilaksanakan pada 2 Julai 2011, serentak dengan larian 1 Murid 1 Sukan.

Syabas diucapkan kepada para petugas yang terlibat.

6/04/2010

BERAKHIRNYA KOLOKIUM UNTUK PELAJAR PRA-U 2

6/04/2010
Pada hari ini sempurnalah sudah siri pembentangan R&D pelajar dalam kolokium ke 3 dan 4. Kolokium bermula pada tahun lepas sewaktu pelajar berada di pra-u 1. Mengikut keputusan jawatankuasa penyelidikan, setiap orang pelajar dikehendaki menghasilkan empat kajian akademik. Walau bagaimanapun hanya 3 sahaja yang perlu dibentangkan manakala satu kajian lagi hanya perlu dipersembahkan dalam bentuk penulisan sahaja.

Dalam sesi terakhir pada hari ini turut dihadiri oleh para pelajar pra-u 1 sesi 2010/2011. Mereka dilibatkan bagi menimba pengetahuan dan pengalaman sebelum mereka akan terlibat dalam menjayakan penyelidikan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun jawatankuasa penyelidikan pra-u ada menyatakan bahawa format penyelidikan pada tahun ini akan mengalami sedikit sebanyak perubahan. Perubahan tersebut difikirkan perlu memandangkan para pelajar pra-u 1 sekarang ini belum lagi melalui sistem modular sepenuhnya.

6/02/2010

MESYUARAT AGUNG VAD 45 PRA-U SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

6/02/2010
Pada hari ini mesyuarat agung VAD 45 Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim kali pertama diadakan di bilik kuliah A, Pra-U. Mesyuarat agung dirasmikan oleh En.Asris Ali, Penolong Kanan Tingkatan Enam. Turut hadir ialah Mej.(RC) En.Mohamad Fais Jamil, Setiausaha BSMM Cabang Tg.Malim dan Slim River.

Seluruh pelajar prauniversiti 1 dan 2 turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tersebut. Dalam mesyuarat tersebut turut dinyatakan pemakaian pangkat kepada guru dan pelajar. Penolong Kanan Tingkatan Enam memakai Lt.Kol.(RC), manakala para pensyarah lain memakai pangkat Mej.(RC). Kecuali kepada pensyarah yang memegang jawatan di peringkat cabang akan kekal dengan pangkat masing-masing iaitu Lt.Kol.RC) Abd Malek Selamat (Timbalan Pengerusi) dan Lt.Kol.(RC) Alias Haron (Naib Pengerusi 2).

Manakala pemakaian pangkat dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut. Pengerusi / Komanden (Kapten), Naib Pengerusi (Leftenan), Bendahari (Leftenan Muda) dan Setiausaha (Staff Sarjan).

Tahniah kepada Norhashimah Hamerudin, Mohd Shahril Yusoff, Nor Khalilah Duriat, Azwan Awaluddin dan Ng Kar Heng kerana terpilih dalam pemilihan bagi mengisi jawatan utama dalam Jawatankuasa Unit VAD 45 Pra-U SMK Khir Johari, Tg.Malim. [FOTO]

5/26/2010

PENDAFTARAN KOKURIULUM PRA-U 1

5/26/2010
Sekitar pukul 1.10 petang tadi para pelajar pra-u 1 (6 rendah) melaksanakan sesi pendaftaran kokurikulum mereka. Pn.Shamsinah Salleh, penyelaras serta diabantu para exco MPPPU serta para pensyarah yang lain melaksanakan sesi pendaftaran tersebut yang diadakan di bilik kuliah A.

Berikut disenaraikan empat bidang kokurikulum yang dipilih untuk para pelajar prauniversiti 1;

Kelab

  1. Seni dan Budaya
  2. Teknologi dan Sains Sosial
  3. Kesejahteraan Sejagat
Persatuan
  1. Bahasa
  2. Ekonomi dan Perniagaan
  3. Sains dan Matematik
Permainan
  1. Bola Sepak
  2. Bola Jaring
  3. Bola Tampar
Unit Beruniform

Bulan Sabit Merah Malaysia (Unit Voluntary Aid Detachment @ VAD)

4/14/2010

TAKLIMAT VOLUNTARY AID DETACHMENT (VAD)

4/14/2010
Usaha untuk menubuhkan satu unit beruniform khusus bagi para pelajar prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim tetap diteruskan walaupun usaha untuk menubuhkan Pasukan Relawan Sekolah menemui jalan buntu. Justeru pengurusan pra-u telah memohon kepada JPN Perak untuk menubuhkan unit VAD atau Voluntary Aid Detachment bagi menggantikan Pasukan Relawan Sekolah.

Justeru, pada hari ini bertempat di bilik kuliah A, satu sesi taklimat antara pihak BSMM Cabang Tanjong Malim/ Slim River dengan para pelajar telah diadakan. Taklimat tersebut disampaikan oleh Majer (RC) Mohd Fais bin Jamil, Setiausaha Kehormat Cabang Tg.Malim/ Slim River. Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah, kedudukan BSMM dalam konteks perundangan negara, struktur organisasi VAD serta beberapa perkara yang lain.
Secara umumnya para pengajar dan pelajar berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan. Oleh itu langkah seterusnya ialah proses penubuhan VAD pra-u SMK Khir Johari, Tg.Malim yang akan dilakukan oleh pihak pengurusan pra-u dan pihak cabang.

Namun begitu, kursus yang melibatkan Sijil Pendidikan Kesihatan dan Sijil Sejarah Palang Merah/ Bulan sabut Merah dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa akan dimulakan tidak lama lagi. Kedua-dua sijil tersebut memerlukan sejumpah 14 jam kuliah dan peperiksaan. Sijil bagi kedua-dua peperiksaan tersebut diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Semoga usaha ini akan dapat memenuhi keperluan para pelajar bagi mendapat 10% markah kokurikulum sewaktu memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam nanti.

3/15/2010

PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM

3/15/2010
Perkhemahan Perdana Kourikulum Pra-U SMK Khir Johari, Tg.Malim 2010 telah sempurna ditutup pada pukul 1.00 petang tadi. Majlis yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini ditutup secara rasmi oleh Pn. Noor Zarimah binti Mohd Zain, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Tg.Malim.

Pendaftaran peserta berlangsung sekitar jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang. pada hari Jumaat (12 Mac 201). Seramai 61 orang pelajar pra-u (atas) terlibat dalam perkhemahan ini. Antara pengisian utama program tersebut ialah, pada malam pertama diadakan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di negara kita iaitu kaum Melayu, Cina dan India semasa majlis pertunangan dan perkahwinan. Persembahan tersebut dikelolakan oleh Persatuan Bahasa Pra-U.

Pada hari kedua, diadakan pula progam khidmat masyarakat dengan mengadakan lawatan ke wad-wad di Hospital Slim River (HSR). Antara wad yang terlibat ialah wad kanak-kanak, prenatal dan antenatal, lelaki, perempuan dan unit forensik. Sebelum sesi lawatan ke wad-wad, diadakan sesi taklimat oleh En. Md Abdul Razak bin Zainal, Penyelia Hospital, HSR.

Pada petangnya, sesi khas bersama tuan pengetua cemerlang SMK Khir Johari, Tg.Malim, Pn.Hjh Noraini binti Yeub Sidi, AMN, turut diadakan. Dalam pertemuan tersebut tuan pengetua membentangkan analisis pencapaian daerah dan sekolah dalam peperiksaan STPM 2009 negeri Perak. Selain daripada itu tuan pengetua turut menyatakan harapan yang tinggi kepada para pelajar pra-u (atas) dalam peperiksaan STPM 2010 agar meraih kejayaan yang lebih cemerlang berbanding para calon STPM 2009.

Sejurus tamatnya sesi bersama tuan pengetua, para peserta perkhemahan terlibat dalam aktiviti berhalangan di kawasan padang sekolah. Aktiviti tersebut dikendalikan oleh para helpers iaitu lebih kurang 10 orang pelajar tingkatan enam atas 2009. Antara lain aktiviti tersebut bertujuan untuk menguji ketahan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran dan rintangan.

Setelah usai solat maghrib berjamaah, diadakan pula majlis tazkirah yang disampaikan oleh En.Che Soh bin Said, pensyarah UPSI. Dalam majlis tersebut beliau menekankan kepentingan pembinaan jiwa yang mantap (jati diri) dalam menghadapi cabaran masa hadapan yang terlalu mencabar.

Selepas solat Isya' program bersama kaunselor pula mengambil giliran. Slot tersebut disampaikan oleh Pn. Norhayati binti Zakaria, Kaunselor Cemerlang, SMK Khir Johari, Tg.Malim. Slot yang tidak kurang pentingnya berkaitan dengan panduan menghadiri temu duga.

Hari ketiga diisi hampir sepenuhnya dengan aktiviti "Untaian Kasih" iaitu aktiviti derma darah. Para pegawai perubatan dari HSR datang bagi menjalankan aktiviti tersebut. Sebelum aktiviti derma darah berlangsung, sesi ceramah berkaitan dengan kempen anti merokok yang disampaikan oleh En. Sharif. Sambutan program derma darah sangat menggalakkan. Seramai 31 orang pelajar, guru dan ibu bapa terlibat dalam aktiviti tersebut. Menurut pihak Unit Tabung Darah HSR, ia melepasi target yang ditetapkan iaitu seramai 20 orang. Walau bagaimanpun sejumlah pelajar dan guru tidak dapat menyumbangkan darah mereka disebabkan gagal melepasi saringan yang ditetapkan. Antara halangan yang dihadapi ialah; kurang berat badan, kandungan glukos dalam darah yang berlebihan dan beberapa masalah lain.

Memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan, proses menderma darah diteruskan walaupun majlis penutupan perkhemahan berlangsung. Proses menderma darah ditutup sepenuhnya sekitar jam 1.30 petang.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan program Perkhemahan Perdana Kokurukulum Pra-U 2010. Semoga ia memberi impak yang positif kepada para peserta. Semoga aktiviti sebegini akan dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang.

1/06/2010

PENDAFTARAN KOKURIKULUM SESI 2010

1/06/2010
Pada hari ini sesi taklimat dan pendaftaran kokurikulum untuk semeter 1 sesi persekolahan 2010 dijalankan di Bilik Kuliah 1.

Penyelia Kokurikulum, Pn.Shamsinah Mohd Salleh dengan panjang lebar menjelaskan tentang kepentingan 10% markah kokurikulum kepada para pelajar. Untuk tujuan pengiraan markah kokurikulum pra universiti 2 (tingkatan 6 atas), para pelajar diminta mendapatkan markah kokurikulum sewaktu di tingkatan lima. Dari markah tersebut, ia akan ditambah dengan markah kokurikulum sewaktu di tingkatan pra universiti 1 (tingkatan enam rendah) dan pra universiti 2. Juteru, para pelajar diminta mendapatkan markah kokurikulum sewaktu di tingkatan lima dari pihak sekolah masing-masing (bagi yang bersekolah selain daripada SMK Khir Johari, Tg.Malim).

Pn.Shamsinah juga menjelaskan bahawa beliau ada cadangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Sungai Besar. Sebuah kawasan pertanian yang terkenal di utara negeri Selangor. Sambil merasai kehidupan di kawasan pertanian. Beliau mencadangkan untuk bermalam di Home Stay Sg.Haji Dorani. Walau bagaimanapun ia menelan kos yang agak tinggi, justeru perancangan yang baik perlu dilakukan bagi mencari dana yang mencukupi untuk merealisasikan program tersebut.

Berkaitan dengan unit beruniform, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini urusan untuk mewujudkan Paukan Relawan Sekolah sedang berjalan. Sedang menunggu kelulusan daripada pihak Jabatan Pelajaran Perak. Relawan Sekolah merupakan unit beruniform GO (Government Organization) yang belum lagi popular di sekolah. Justeru, jika penubuhan ini berjaya direalisasikan, Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim adalah satu-satunya pusat pra universiti printis kepada organisasi unit beruniform tersebut.

10/01/2009

PENDAFTARAN KOKURIKULUM

10/01/2009
30 SEPTEMBER - Pendaftaran unit kokurikulum untuk pelajar tingkatan enam rendah akhirnya berjaya dijalankan pada petang tadi di dewan sekolah. Aktiviti ini sebenarnya telah lama dirancang, tetapi disebabkan beberapa aspek teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan tertangguh. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Kokurikulum Tingatan Enam iaitu Pn.Samsinah bt Salleh.
Ia melibatkan tiga bidang. Iaitu, kelab, persatuan dan permainan. Manakala unit beruniform, sehingga setakat ini masih mengikut unit beruniform yang sedia ada. Pasukan Relawan Sekolah yang dicadangkan untuk para pelajar tingkatan enam masih dalam proses penubuhan.

Kelab
  1. Seni dan Budaya
  2. Teknologi dan Sains Sosial
  3. Kesejahteraan Sejagat
Persatuan
  1. Bahasa
  2. Ekonomi dan Perniagaan
  3. Sains dan Matematik
Permainan
  1. Bola Sepak
  2. Bola Jaring
  3. Bola Tampar
 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa