27 Jun (Isnin) - Seramai 12 orang petugas pilihan raya MPPPU 2011/2012 telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih pada hari ini. Mereka merupakan sebahagian daripada 17 orang petugas yang akan menjalankan tugas masing-masing dalam pilihan raya tersebut. Lima orang lagipetugas akan mengundi lebih awal daripada para pengundi lain pada esok hari.
Pada pilihan raya kali ini seramai 13 jawatani dipertandingkan, iaitu tambahan satu jawatan lagi berbanding sesi sebelumnya. Jawatan baru tersebut iaitu Naib Setiausaha. Seorang calon Exco Kebajian telah menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon, manakala seora lagi bagi jawatan Presiden apabila pesaingnya telah melanjutkan pelajaran ke politeknik. Bagi sebelas jawatan yang lain akan menyaksikan persaingan sengit dua penjuru dan tiga penjuru.
Pada hari esok, seluruh pelajar akan melaksanakan undian masing-masing secara online. Sistem pilihan raya secara online mulai diperkenalkan pada sesi 2009/2010 yang lalu. Namun, atas hasrat MPPPU yang mengendalikan pilihan raya pada sese 2010/2011, pilihan raya secara offline diadakan pada sesi tersebut. Kini, kaedah pilihan raya online dipilih semula kerana aspek kecekapan proses pengiraan yang jauh lebih baik berbanding pemilihan secara offline.
Sistem pemilihan secara online untuk sesi ini telah diuji selama seminggu, apabila semua pensyarah telah mulai mengundi sejak 20 Jun 2011. Sehingga kini sistem berjalan dengan lancar serta sebarang masalah berlaku.