Showing posts with label PEPERIKSAAN. Show all posts
Showing posts with label PEPERIKSAAN. Show all posts

3/09/2012

STPM 2011: PEMBETULAN KEPUTUSAN OLEH MPM

3/09/2012
9 MAC - Pada hari ini pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah turun ke beberapa buah sekolah dalam daerah Batang Padang termasuk Pra-U SMK Khir Johari, Tanjong Malim untuk menyampaikan pembetulan keputusan bagi mata pelajaran Ekonomi. 
Sewaktu keputusan STPM 2011 diumumkan pada hri Rabu (7 Mac 2011) berlaku kejanggalan dalam keputusan mata pelajaran Ekonomi. Dalam keputusan tersebut didapati semua pelajar gagal kertas 1 walaupun mendapat skor A dalam kertas 2. Hal tersebut telah dipanjangkan kepada beberapa pihak termasuk berhubung secara terus kepada pihak MPM. Susulan daripada perkara tersebut menyebabkan pihak MPM menarik balik keputusan yang telah dikeluarkan dan mengeluarkan keputusan yang baharu kepada para pelajar yang terlibat. Di sekolah ini seramai 20 orang calon mengambil mata pelajaran Ekonomi. 
Susulan daripada perubahan keputusan tersebut, berlaku "lonjakan saujana" kepada mata pelajaran Ekonomi. Daripada 20% lulus penuh berubah kepada 50%. Sebelum ini seorang pelajar terbaik memperoleh gred B kini dua orang pelajar meraih gred A. Serta, mata pelajaran tersebut meningkat secara kulaiti dan kuantiti sekali gus. Perubahan tersebut juga turut menyebabkan PNGK sekolah berubah daripada 2.18 kepada 2.28. Manakala peratus kelulusan sekolah kekal sebanyak 98.51% apabila seorang pelajar gagal untuk mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran yag diambil.
Tahniah kepada inisiatif guru Ekonomi, En.Nallatamby Nalliah serta pengurusan Pra-U SMK Khir Johari seluruhnya yang saling sokong-menyokong antara satu samal lain dalam menangani masalah tersebut.

3/07/2012

TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN 98.51% DALAM STPM 2011

3/07/2012
Sekalung ucapan tahniah kepada para pelajar Pra-U 2, 2011 atas kejayaan mencapai peratus kelulusan 98.51% dalam peperiksaan STPM 2011 yang diumumkan pada pukul 12.00 tengah hari tadi. Untuk julung kalinya majlis pengumuman dan penyampaian keputusan peperiksaan dibuat oleh tuan pengetua. 
Secara kuantiti, berlaku peningkatan sebanyak 1.74% peratus. Manakala secara kualitinya (PNGK) berlaku penyusutan sebanyak 0.04. PNGK sekolah dalam STPM 2011 sebanyak 2.18. Bilangan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga mengalami penurunan berbanding tahun 2010. 
Walaupun begitu pelajar terbaik dalam STPM 2011 lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Mohd Ariff bin Osman yang meraih 2A dan 2A- telah diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Kong Ka Man sebagai kedua terbaik apabila meraih 2A,1A- dan 1B+. (AMS)

4/21/2011

HAC 2011: SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG

4/21/2011
Berikut adalah senarai nama yang telah disahkan oleh panel pemilihan penerima anugerah sempena Hari Anugerah Cemerlang 2011. Ia dibahagiakan kepada tiga kategori untuk STPM, manakala untuk MUET hanya ada satu bahagian sahaja.

Cemerlang Keseluruhan


Cemerlang PNGK 3.0 Ke Atas

Cemerlang Mengikut Mata Pelajaran


Cemerlang MUET 2010




5/18/2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

5/18/2010
Pada hari ini seramai 62 orang calon STPM 2010 mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Mereka memulakan peperiksaan dengan kertas Pengajian Am 2. Peperiksaan ini dijangka akan berakhir pada 31 Mei.

Besar harapan guru-guru agar para pelajar enam atas berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang biarpun peperiksaan ini sekadar peperiksaan dalaman. Anggaplah peperiksaan ini sebagai "pentas" untuk membuktikan persediaan semasa para pelajar bagi menghadapi peperiksaan yang lebih besar lagi. Jangan ada hendaknya para pelajar yang gagal menghadirkan diri sepanjang peperiksaan berlangsung.

5/04/2010

MUET PERTENGAHAN TAHUN 2010: SELESAI!

5/04/2010
Syabas dan tahniah kepada 61 orang calon MUET Pertengahan Tahun 2010 yang telah berjaya menamatkan keempat-empat kertas peperiksaan masing-masing. Peperiksaan bermula pada 24 April 2010 bagi kertas Reading, Writing dan Listening. Manakala kertas speaking bermula semalam (3 Mei 2010) dan berakhir pada hari ini.

Nampaknya keperluan untuk mendapatkan band yang lebih tinggi semakin menjadi keperluan kepada para pelajar STPM mulai sesi kemasukan akan datang. Semoga semua calon mendapat band yang lebih baik. Setidak-tidaknya band 2 atau band 3.

Walau bagaimanapun semua telah selesai, berdoa sajalah agar segala usaha yang telah dilakukan mendapat "ganjaran" yang setimpal. Amin...

2/28/2010

STPM 2009: KUANTITI MENINGKAT

2/28/2010
Syabas dan tahniah kepada para guru dan calon STPM 2009 yang telah berjaya meningkatkan peratus keputusan STPM yang diumumkan pada 25 Februari yang lalu. Pencapaian STPM 2009 ialah 97.10% berbanding keputusan tahun 2008 iaitu 96.6%. Ia menokok sebanyak 0.5%. Seramai 69 orang calon telah mengambil peperiksaan tersebut.

Walau bagaimanapun daripada aspek kualiti ia menampakkan sedikit penurunan. PNGK yang terbaik hanya meraih 3.59 iaitu Gan Hui Khee. Manakala bilangan calon yang memperoleh 3.00 ke atas hanya seramai 13 orang berbanding pada tahun sebelumnya berjumlah 20 orang.

1. Gan Hui Khee 3.59
2. Wong Hui Shein 3.58
3. Nurul Shahirah bt. Zulkifli 3.50
4. Norfaezah bt. Mihamad Khairy 3.42
5. Chao Xiang Mei 3.33
6. Fong Mei Ling 3.25
7. Nurfara Juliana bt. Jamil 3.17
8. Nurmimi Fardiana Mohd Toha 3.17
9. Nur Aziemah bt. Abd Aziz 3.17
10. Chen Foong Yee 3.17
11. Wong Lee Ping 3.17
12. Aina Amira bt Baharom 3.09
13. Nor Sharina Mohamed Hasdi 3.08

Sehingga kini laporan sedang disipakan bagi mengenal pasti punca kemerosotan aspek kualiti para calon. Maklumat lengkap pencapaian akan dibawa ke masyuarat post-mortem yang dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat.

11/23/2009

STPM 2009: SELAMAT MAJU JAYA....

11/23/2009
Seramai 69 orang calon STPM SMK Khir Johari, memulakan kertas pertama STPM 2009 pada hari in untuk kertas Pengajian Am 2i. Hanya seorang calon sahaja yang telah memulakan kertas pertama (Bahasa Tamil) pada minggu lepas.
Pelbagai riak wajah dilihati sewaktu melangkah masuk ke bilik peperiksaan. Ada yang melangkah dengan gaya yang meyakinkan, tetapi ada juga yang menampakkan wajah risau dan gusar. Apatah lagi kertas yang menjadi pembuka tirai peperiksaan pada hari ini adalah seperti nyawa kepada mereka. Misi memburu tempat ke IPTA akan berjaya atau sebaliknya bergantung kepada keputusan kertas Pengajian Am mereka. Justeru misi untuk mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Pengajian Am seperti perjuangan "hidup dan mati" semua calon-calon STPM.
Kita mendoakan agar seluruh calon STPM sekolah ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang.

11/17/2009

HALALKAN YANG DIBERI.. MAAFKAN YANG TERKURANG...

11/17/2009
Hari ini berlangsunglah majlis yang dinamakan "Majlis Restu Ilmu" untuk para calon SPM dan STPM 2009. Majlis diadakan di dewan sekolah.
Majlis yang lebih kepada suatu usaha terakhir untuk memberi perangsang dan sokongan moral kepada para pelajar tingkatan lima dan enam atas sebelum bermulanya secara rasmi kedua-dua peperiksaan esok. Semoga para pelajar akan beroleh ketenangan fikiran dalam menjawab semua soalan yang dihadapi dan kelancaran idea semasa menjana isi-isi penting atas kertas jawapan.
Selain daripada itu, guru-guru juga dengan lapang dada, memohon maaf atas apa sahaja kekurangan yang diberi, masa yang tercuri dan sebagainya. Maklumlah, atas pelbagai urusan yang perlu dilaksanakan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan.
Dalam majlis tersebut, sebagai tanda simbolik atas restunya pihak sekolah bagi mengiringi putera dan puteri sebelum memasuki medan perjuangan, tuan Pengetua telah berkesempatan menyampaikan dua batang pen seorang kepada semua calon kedua-dua jenis peperiksaan.

11/13/2009

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT..

11/13/2009
Setelah berusaha dengan sepenuh daya dan tenaga, satu lagi usaha yang sewajarnya dilakukan ialah memohon ke hadrat Ilahi agar merestui seluruh calon-calon SPM dan STPM yang akan menduduki peperiksaan beberapa hari lagi.
Justeru, pada hari ini pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana bagi memberikan sokongan dan perangsang kepada seluruh calon SPM dan STPM. Walau bagaiamnapun kehadiran ibu bapa agak kurang memberangsangkan mungkin disebabkan majlis tersebut diadakan pada hari bekerja.
Walau apapun, semoga calon-calon STPM khususnya, akan menempa sejarah yang tersendiri dalam peperiksaan ini.
 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa