Showing posts with label KOLOKIUM. Show all posts
Showing posts with label KOLOKIUM. Show all posts

2/04/2010

KOLOKIUM FASA 2, 2010

2/04/2010
Aktiviti kolokium fasa kedua telah berlangsung mulai semalam. Seperti di tahun lepas sesi pembentangan diadakan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Seramai 61 orang pelajar Pra-U2 terlibat sama ada sebagai peserta atau pembentang. Alhamdulillah nampaknya sesi pembentangan tersebut berjalan dengan lancar. Sebanyak 11 kumpulan telah membentangkan hasil kajian mereka.

Mengikut guru-guru yang menjadi penilai, mutu pembentangan pada tahun ini nampak lebih baik dan berkesan berbanding sesi yang sama pada tahun lepas. Para pembentang nampaknya lebih bersedia dengan slaid persembahan mereka.

Sesi pembentangan akan disambung pada minggu depan. Diharap kumpulan-kumpulan yang masih belumn membentangkan kajian, mereka diikehendaki lebih bersedia..

1/07/2010

TAKLIMAT KOLOKIUM FASA 2

1/07/2010
Sesi taklimat Kolokium Fasa 2 dijalankan dengan jayanya pada hari ini di Bilik Kuliah 1. Taklimat dikendalikan oleh En.Nallatamby Nalliah (Ketua) dan Pn.Rosni Mohd Aup (Setiausaha).

Beberapa perkara di titikberatkan dalam sesi taklimat tersebut.

11 - 16 Januari 2010 : Pemilihan tajuk
18 - 30 Januari 2010 : Perbincangan dengan pensyarah
1 - 12 Februari 2010 : Pembentangan
31 Mac 2010 : Penghantaran tugasan

Berusaha meningkatkan kualiti pembentangan. Sebagai contoh, teknik membentang secara membaca slaid adalah teknik yang tidak betul. Para pelajar dinasihati agar membuat persediaan yang lebih rapi bagi membolehkan penerangan yang lebih terperinci dibuat semasa sesi pembentanagn bukan dalam slaid yang dibentangkan.

Pada sesi kolokium lepas, amalan "kecurangan akademik" dikenal pasti wujud. Sebagai contoh ada kumpulan yang memilih tajuk yang sama, telah menggunakan bahan yang dibentangkan oleh kumpulan lain. Mereka cuma mengubah bentuk tulisan (font) dan latar belakang (background) slaidnya sahaja.

Para pensyarah secara prinsipnya bersetuju untuk menggabungkan Kolokium Fasa 3 dan 4 secara serentak pada semester dua sesi 2010. Untuk itu Unit R&D dan Kolokium bercadang untuk menjemput pihak Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) untuk menyaksikan sesi pembentangan kolokium tersebut. Sehubungan dengan itu kualiti penghasilan tugasan perlu dipertingkatkan mulai semester ini. Umpamanya format penghasilan muka hadapan tugasan. Justeru, format yang lebih standard akan diperkenalkan dalam penghasilan tugasan pada Kolokium Fasa 2 dari masa ke masa secara lisan atau melalui laman ini.

Para pelajar diminta mematuhi jadual kerja seperti yang dinyatakan di atas bagi memastikan perjalanan kolokum kali ini berjalan dengan lancar. Segala kesulitan perlulah dirujuk kepada pensyarah pembimbing yang terlibat. Pembahagian mata pelajaran dan pensyarah pembimbing boleh dirujuk di sini atau pada bahagian Kolokium Fasa 2 di Laman Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim.

10/27/2009

KOLOKIUM: PENGHANTARAN ESEI TUGASAN

10/27/2009
Walaupun kolokium Tingkatan Enam Fasa Pertama telah berakhir, tetapi esei tugasan masih ramai yang belum menghantar kepada guru-guru pembimbing. Para pelajar sepatutnya menghantar tugasan tersebut pada atau sebelum 26 Oktober 2009 (Isnin), iaitu sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun.
Sehubungan dengan itu, pihak Unit R&D dan Kolokium tidak bercadang untuk menunda tarikh tersebut kepada tarikh yang baru, sebaliknya terus menggesa para pelajar menghantar kepada guru-guru pembimbing secepat mungkin untuk tujuan pentaksiran markah. Kegagalan para pelajar menghantar tugasan tersebut dengan kadar segera akan menjejaskan markah peperiksaan akhir tahun bagi setiap mata pelajaran yang terlibat.

10/13/2009

PENUTUPAN KOLOKIUM FASA 1

10/13/2009
13 OKTOBER - Setelah empat sesi pembentangan maka berakhirlah Kolokium Tingkatan Enam Rendah fasa pertama 2009. Sebanyak 23 sesi pembentangan yang melibatkan 73 orang pelajar tingkatan enam rendah.
Sebelum majlis penutupan, sebanyak lapan kumpulan telah membentangkan persembahan masing-masing. Secara keseluruhannya, para pelajar menampakkan usaha atau komitmen dalam menjalankan tugasan masing-masing. Ramai yang mempunyai kebolehan pengucapan awam yang baik dan tentunya melalui sesi sebegini bakat tersebut akan terus dapat digilap. Namun, tidak kurang juga yang masih gugup dengan pengalaman baru yang baru dilalui.
Harapan guru-guru kepada para pelajar agar dapat menjadikan sesi kolokium akan datang sebagai medan untuk menambahkan pengalaman dalam dalam membina karektor seorang pemimpin yang berwibawa.
Warga tijngkatan enam amat berbesar hati atas kesudian Pn.Hjh.Siti Mariam binti Joned menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kolokium Tingkatan Enam Fasa Pertama 2009. Ini merupakan ucapan beliau yang pertama dan terakhir kepada warga tingkatan enam, memandangkan mulai minggu hadapan beliau akan mulai menjawat jawatan Pengetua SMK Besout, Sungkai. Semoga Puan Hjh. Siti akan lebih berjaya di sekolah yang baru.

10/06/2009

KOLOKIUM TINGKATAN ENAM

10/06/2009
06 OKTOBER - Seperti yang dirancang, kolokium tingkatan enam berlangsung pada petang ini di pusat sumber sekolah.
Inilah julung kalinya acara sebegini diadakan melibatkan para pelajar tingkatan enam. Hanya tiga kumpulan sahaja yang sempat mempersem-bahkan hasil pembentangan masing-masing. Ia melibatkan mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Matematik.
Kehadiran secara umumnya sangat membanggakan. Menurut Penolong kanan Tingkatan Enam, En.Asris, beliau sangat berpuas hati dengan kesungguhan dan usaha yang telah dilakukan oleh para pelajar, sambil berharap kualitinya akan terus meningkat pada sesi pembentangan yang akan datang.
Setiap pembentangan dinilai oleh tiga orang panel pentaksir. Penilaian pembentangan itu akan menyumbang 50% daripada keseluruhan markah tugasan yang dilaksanakan, manakala 50% lagi melibatkan hasil penulisan akademik yang akan dihantar selewat-lewatnya sebelum peperiksaan akhir tahun bermula.
Syabas dah tahniah diucapkan.

9/30/2009

KOLOKIUM: TAKLIMAT PELAKSANAAN

9/30/2009
30 SEPTEMBER - Satu taklimat ringkas berkaitan dengan pelaksanaan kolokium diadakan di dewan sekolah sementara menunggu aktiviti pendaftaran kokurikulum. Taklimat disampaikan oleh ketua unit Research & Development dan Kolokium, En.Nallatamby a/l Nalliah.
Dalam taklimat tersebut disampaikan beberapa perkara termasuk kriteria pembahagian markah kepada para pembentang. Sukacita dimaklumkan bahawa aktiviti kolokium merupakan bahagian terakhir kepada tugasan akademik yang dibuat secara berkumpulan. Oleh itu, markah bahagian persembahan atau pembentangan walaupun haya dibentangkan oleh seorang pembentang sahaja, ia akan menjadi markah kumpulan tersebut secara keseluruhan.
Semua kumpulan bagi setiap kelas hendaklah bersedia kerana proses pembentangan adalah mengikut mata pelajaran. Didahului dengan mata pelajaran Pengajian Am.
Untuk maklumat lanjut tentang aspek format penilian, para pelajar boleh memuat turun daripada laman ini.
 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa