30 April - Seramai 82 orang pelajar Pra-U SMK Khir Johari, Tanjong Malim bersama empat orang pensyarah telah berkesempatan mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Daerah Tanjong Malim, Bandar Behrang 2020.
Taklimat disampaikan oleh seorang pegawai Bahagian Perancang Bandar MDTM. Banyak maklumat terkini yang diperoleh melalui sesi taklimat tersebut. Melalui sesi soal jawab, banyak pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal pekan Tanjong Malim diajukan oleh pelajar dan pensyarah. Semoga lawatan tersebut akan menambahkan maklumat kepada para pelajar berkaitan dengan topik Pihak Berkuasa Tempatan atau Kerajaan Tempatan dalam mata pelajaran Pengajian Am.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Majlis Daerah Tanjong Malim atas kesudian menerima lawatan pihak Pra-U SMK Khir Johari, Tanjong Malim. [Foto]