5 APRIL - Pada hari ini pihak Pengurusan Prauniversiti SMK Khir Johari, Tanjong Malim telah mengadakan kursus Aplikasi Google.Doc dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kursus ini dilaksanakan dalam tiga siri. Siri kedua pada 12 April dan Siri ketga pada 26 April 2012. Kusus dalaman ini dibahagikan kepada tiga modul iaitu; Aplikasi Document, Spreedsheet dan Slides/Form. Setiap modul kursus tersebut berlangsung selama satu jam setengah. Kursus disampaikan oleh En.Abd Malek bin Selamat.
Aplikasi Google.Doc dilihat sangat signifikan dalam pengurusan pendidikan hari ini. Empat aplikasi utama dalam Google.Doc dilihat dapat membantu memudahkan komunikasi secara maya antara para pelajar dan para guru. Hal ini menjadi semakin penting apabila STPM Baharu yang akan berlangsung tidak lama lagi, mengambil kira aspek Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan dilaksanakan pada penggal kedua atau ketiga atau kedua-duanya. Dalam konteks tersebut, kerja kursus yang dilaksanakan secara individu akan dipantau, diselia serta dinilai penghasilannya oleh guru-guru mata pelajaran. Sekiranya seorang guru dipertanggungjawabkan seramai 50 orang pelajar, maka aspek penyeliaan secara fizikal terlalu sukar untuk dilaksanakan. Justeru, melalui aplikasi Google.Doc, masalah tersebut dapat ditangani dengan sebaiknya. Apabila melalui "On screen communication" semua kerja pelajar yang dikongsi dengan guru dapat dilihat perkembangannya.
Terima kasih kepada En.Abd Malek yang sudi berkongsi "kepakaran" dengan guru-guru SMK Khir Johari, Tanjong Malim. Semoga melalui pendedahan tersebut akan membuka lembaran baru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.