26 April - Pengurusan Kokurikulum Prauniversiti SMK Khir Johari Tanjong Malim telah menganjurkan Karnival Sukan dan Permainan 2012 dengan jayanya. Program sehari ini melibatkan beberapa acara iaitu, bola baling dan bola jaring untuk pelajar perempuan. Manakala acara futsal dan bola tampar pula untuk pelajar lelaki. Untuk para pensyarah pula acara petanque.
Program ini dilihat telah mencapai objektifnya kerana semua pelajar telah hadir dan terlibat dalam sekurang-kurannya satu acara. Selain daripada itu karnival ini juga menjadi medan pemilihan para pemain dalam menghadapi Karnival Prauniversiti Daerah Batang Padang yang akan dijalankan dalam bulan Jun nanti.
Syabas dan tahniah kepada Penyelaras Kokurikulum, Pn,Shamsinah binti Salleh serta semua pensyarah dan para pelajar yang menjayakan program tersebut. Ucapan terima kasih kepada guru-guru praktikum UPSI yang turut terlibat sebagai pengadil bola jaring, serta unit PJK kerana menyediakan peralatan kepada pihak pengurusan kokurikulum prauniversiti.