18 Julai (Isnin) - Pada hari ini, Penolong PPD Kemanusiaan, En. Khamdan bin Iskandar telah melakukan lawatan khas bagi membincangkan keputusan penilaian pertengahan tahun 2011 bersama para pensyarah dan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM 2011. Melalui lawatan tersebut, beliau membawa misi Jabatan Pelajaran Perak agar calon-calon STPM 2011 terus mengharumkan negeri Perak sebagaimana yang dicapai oleh calon-calon STPM 2010 yang menjadikan negeri Perak tempat pertama dalam keputusan pepriksaan tersebut.
Selain daripada itu, En.Khamdan juga turut menyatakan harapan PPD Batang Padang agar ada calon-calon STPM 2011 SMK Khir Johari, Tg.Malim yang akan meraih 4A dalam peperiksaan tersebut. Selain daripada itu, aspek kuantiti juga diharapkan agar sekolah ini mencapai kelulusan 100%.
Namun, bukan bererti calon-calon yang tidak disasarkan untuk mencapai kecemerlangan dalam STPM 2011 tidak berupaya melakar kejutan dalam peperiksaan tersebut. Malah, ia dianggap sebagai cabaran kepada semua calon untuk mencapai sesuatu yang membanggakan sekolah, daerah dan negeri Perak umumnya.
Terima kasih kepada En.Khamdan atas kesudian menjengah kami. Semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang diharapkan.