2 Julai (Sabtu) - Seramai 991 orang pelajar SMK Khir Johari telah terlibat dalam menjayakan larian serentak seluruh negara sempena pelancaran dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Larian tersebut bermula pada pukul 7.45 pagi oleh YDP PIBG, Tuan Haji Nadzri bin Md Saad di pintu pagar sekolah.
Para pelajar prauniversiti juga turut terlibat dalam menajayakan program tersebut sama ada sebagai pelari atau petugas bagi membantu guru-guru. Tahniah dan syabas kepada para pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.