18 Mei (Rabu) - Bermula hari ini para pelajar pra-u 2 menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Mereka akan melalui tempoh peperiksaan selama dua minggu, sehinggalah cuti pertengahan tahun. Diharap para pelajar akan dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam menghadapi peperiksaan ini. Buatlah yang terbaik kerana keputusan yang baik akan menjadi nilai tambah kepada persiapan menghadapi peperiksaan STPM yang sebenar.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Subscribe Here