8 Mei - Seramai 122 orang pelajar baru Enam Bawah (Pra-U 1) mendaftarkan diri di Pra-U SMK Khir Johari, Tanjong Malim pada hari ini. Jumlah tersebut merupakan satu pertiga daripada keseluruhan senarai nama yang diterima oleh pihak sekolah.
Sesi pendaftaran melibatkan aplikasi online berjalan dengan lancar dan selesai menjelang pukul 11.00 pagi. Hampir seluruh palajar Pra-U 2 (Atas) beraganding bahu di bawah organisasi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU) bagi menjayakan program tersebut.
Menjelang 12.30 tengah hari membawa 2.30 petang, sesi "ice breaking" dilaksanakan oleh EXCO MPPPU serta dibantu para pelajar Pra-U 2. Semoga kehadiran hari kedua orientasi tidak berlaku penyusutan ketara kerana pada hari esok sesi taklimat berkaitan dengan budaya sekolah akan melibatkan tiga slot iaitu disiplin, biasiswa dan kebajikan. Manakala slot terpenting adalah ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengetua. [
Foto]
Orientasi Hari Kedua (9/5/2012)
Sesi orientasi hari kedua dimulakan dengan sesi memperkenalkan staf akademik kepada para pelajar. Sesi tersebut dikendalikan oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam, Cik Norgayah binti Mat Sagap.
Selepas itu taklimat oleh Tuan Pengetua, Pn.Hajah Noraini binti Hj.Yeub Sidi
Taklimat "Kenali Budaya Sekolah" diisi dengan dua slot. Pertama berkaitan dengan Biasiswa disampaikan oleh Pn.Hjh.Halijah binti johari dan slot berikutnya diisi oleh En.Alias bin Haron berkaitan dengan pengurusan disiplin.
Sesi terakhir adalah sesi suai kenal yang dikendalikan oleh Exco Majlis Perwakilan Pelajar. [
Foto] Kehadiran: 111/126
Orientasi Hari Ketiga (10/5/2012)
Sesi orientasi hari ketiga sepenuhnya diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum, Pn.Shamsinah binti Salleh untuk menjelaskan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di peringkat Prauniversiti SMK Khir Johari, Tanjong Malim. Ia melibatkan unit beruniform (VAD, BSMM), sukan dan permainan (Futsal, Bola Tampar, Petanque, Bola Jaring dan Bola Baling), Kelab (Seni & Budaya, Teknologi & Sains Sosial, dan Kesejahteraan Sejagat), manakala Persatuan (Bahasa, Ekonomi & Perniagaan, dan Sains dan Mathematik).
Selain daripada itu slot khas berkaitan dengan Hala Tuju Tingkatan Enam turut disampaikan oleh Pn.Shamsinah binti Salleh.
Sesi terakhir program orientasi diisi oleh slot Exco Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti. [
Foto] Kehadiran 112/127
Orientasi Hari Keempat (11/5/2012)
Taklimat mata pelajaran mulai menyusul. Mata pelajaran MUET mengmbil slot pertama. Penyusunan sebegini sebenarnya menjelaskan secara simbolik bahawa MUET sebenarnya adalah mata pelajaran yang sangat penting untuk membolehkan seseorang calon itu masuk ke universiti. Biarpun sehebat mana keputusan STPM, jika tidak diiringi dengan kelulusan yang sewajarnya dalam MUET, nescaya tiada peluang langsung untuk ke universiti. Untuk itu, taklimat disampaikan secara kolaborasi ketiga-tiga pensyarah MUET iaitu Pn.Hjh.Halijah Johari, Cik Norgayah bt Mat Sagap dan Madam Rosni Mohd Aup.
Seterusnya, sekitar pukul 10.40 pagi sesi taklimat berkaitan dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang disampaikan oleh Pn.Rohanna bt Ramli.
Menjelang pukul 11.10 pagi para pelajar bergerak ke Dewan Arena untuk aktiviti yang dikendalikan oleh Exco MPPPU. Para pelajar baru ini menjalani latihan untuk persembahan Hari Guru pada 16 Mei 2012.
Kehadiran: 118/130 [
Foto]