4/30/2010

TINGKATAN 6 RENDAH: MAKLUMAT TERKINI...

4/30/2010
Tarikh mula persekolahan Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2010 pada : 10 Mei 2010

Semakan kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah mulai 3 Mei 2010 boleh dilakukan dalam 2 cara:
i) SMS ke 15888 mengikut format: T6<>KP<>NoK/P contoh, T6 KP 911223083345
ii) Layari laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.edu.my) – Klik pada pautan Tawaran Masuk Ke Tingkatan 6

Surat Tawaran Kemasukan perlu dicetak dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia oleh calon sendiri. Namun sekiranya calon datang ke sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri; pihak terlibat boleh bantu mencetak surat tawaran dari laman web.

Surat tawaran tersebut perlu dibawa semasa mendaftar masuk ke Tingkatan 6

4/21/2010

PROGRAM MOTIVASI DAN PELANCARAN MENTOR-MENTEE

4/21/2010
Pelbagai usaha sedang dijalankan bagi memastikan pencapaian STPM 2010 lebih baik berbanding pencapaian STPM 2009. Kedua-dua aspek (kualiti dan kuantiti) mesti dipertingkatkan. Begitulah harapan yang terus disemarakkan oleh tuan pengetua sewaktu merasmikan Program Mantor-Mentee yang diadakan di bilik kuliah A, Pra Universiti, SMK Khir Johari, Tg.Malim. Program tersebut dianjurkan oleh tiga pihak iaitu; Pengurusan Prauniversiti, Unit kaunseling dan PIBG.

Antara objektif program tersebut ialah guru-guru (mentor) diharap akan dapat membantu para pelajar secara lebih mendalam, daripada permasalahan akademik sehingga persoalan non akademik. Setiap mentor akan mendapat seramai 4 hingga 5 orang mentee. Justeru, diharap mentor akan dapat menjalankan peranan mereka dengan lebih berkesan. Pelaksanaan program tersebut melibatkan modul yang disusun oleh unit kaunseling sekolah. Ia dijangka akan melalui 8 sesi perjumpaan.

Sebelum pelancaran program mentor-mentee, program motivasi turut diadakan oleh unit kaunseling sekolah. Ia merupakan sesi aktiviti dalam kumpulan berdasarkan tayangan video klip. Program tersebut diakhiri dengan sesi pembentangan kesemua kumpulan. Tahniah kepada semua pelajar yang menampakkan minat yang tinggi dalam sesi pembentangan tersebut.

Harapan semua guru dan tuan pengetua, semoga aktiviti tersebut akan dapat memantapkan lagi usaha bagi mencapai misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum pada tahun 2010.

Terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi hadir dan seterusnya melancarkan program tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada unit bimbingan dan kaunseling sekolah atas kesudian menjalankan program motivasi dan menyediakan modul pelaksanaan program mentor-mentee tersebut.

4/20/2010

BILIK PENGURUSAN PRA-U

4/20/2010
Papan kenyataan

Pintu masuk utama

Ruang hadapan
(Papan kenyataan utama)

Ruang hadapan
(Komputer sumbangan pihak sekolah)

Ruang hadapan
(Gambar dari arah pintu utama)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN MUET PERTENGAHAN TAHUN

Pada hari ini, Panitia Bahasa Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim mengambil inisiatif untuk mengadakan peperiksaan percubaan MUET Pertengahan Tahun 2010. Peperiksaan Reading. writing dan listening diadakan di bilik kuliah A.

Peperiksaan percubaan ini diadakan bagi memastikan para pelajar betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi peperiksaan MUET sebenar yang akan diadakan pada hari sabtu ini. Selain daripada itu, melalui peperiksaan tersebut para pelajar dapat menilai tahap pencapaian MUET semasa mereka.

Mutakhir ini kebanyakan universiti mensyaratkan keputusan MUET aras 2 untuk memboleh para pelajar memohon belajar ke universiti tersebut. Namun untuk sesetengah kursus memerlukan kelulusan yang lebih tinggi. Justeru, melalui peperiksaan percubaan tersebut diharap para pelajar akan lebih bersedia bagi mencapai kelulusan yang lebih baik berbanding pada masa-masa yang lalu.

4/14/2010

TAKLIMAT VOLUNTARY AID DETACHMENT (VAD)

4/14/2010
Usaha untuk menubuhkan satu unit beruniform khusus bagi para pelajar prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim tetap diteruskan walaupun usaha untuk menubuhkan Pasukan Relawan Sekolah menemui jalan buntu. Justeru pengurusan pra-u telah memohon kepada JPN Perak untuk menubuhkan unit VAD atau Voluntary Aid Detachment bagi menggantikan Pasukan Relawan Sekolah.

Justeru, pada hari ini bertempat di bilik kuliah A, satu sesi taklimat antara pihak BSMM Cabang Tanjong Malim/ Slim River dengan para pelajar telah diadakan. Taklimat tersebut disampaikan oleh Majer (RC) Mohd Fais bin Jamil, Setiausaha Kehormat Cabang Tg.Malim/ Slim River. Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah, kedudukan BSMM dalam konteks perundangan negara, struktur organisasi VAD serta beberapa perkara yang lain.
Secara umumnya para pengajar dan pelajar berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan. Oleh itu langkah seterusnya ialah proses penubuhan VAD pra-u SMK Khir Johari, Tg.Malim yang akan dilakukan oleh pihak pengurusan pra-u dan pihak cabang.

Namun begitu, kursus yang melibatkan Sijil Pendidikan Kesihatan dan Sijil Sejarah Palang Merah/ Bulan sabut Merah dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa akan dimulakan tidak lama lagi. Kedua-dua sijil tersebut memerlukan sejumpah 14 jam kuliah dan peperiksaan. Sijil bagi kedua-dua peperiksaan tersebut diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Semoga usaha ini akan dapat memenuhi keperluan para pelajar bagi mendapat 10% markah kokurikulum sewaktu memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam nanti.

4/01/2010

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

4/01/2010
Para pelajar prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim pada patang ini telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg.Malim. Seramai 61 orang pelajar terlibat berserta 10 orang guru dalam program lawatan sambil belajar tesebut.

Taklimat berkaitan perpustakaan tersebut disampaikan oleh En.Afzanizam b. Dullah Hashim. Sejurus selesai para pelajar dan guru dipelawa menyertai "library tour". Program ini menjelaskan secara lebih dekat bagaimana sistem dan pengurusan perpustakaan dilaksanakan.

Terima kasih kepada pengurusan Perpustakaan Tuanku Bainun atas kesudian menerima kunjungan kami. Sesungguhnya banyak maklumat yang diperolehi dan sekurang-kurangnya satu persepsi baru terbentuk dalam minda para pelajar dan guru bahawaperpustakaan universiti sebenarnya sangat mesra pengunjung. Ia bukan sebuah institusi yang eksklusif malah membuka peluang penduduk setempat datang dan memanfaatkan bahan-bahan serta dokumentasi yang ada untuk sama-sama dimanfaatkan.
 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa