
Pada hari ini, Panitia Bahasa Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim mengambil inisiatif untuk mengadakan peperiksaan percubaan MUET Pertengahan Tahun 2010. Peperiksaan
Reading. writing dan
listening diadakan di bilik kuliah A.
Peperiksaan percubaan ini diadakan bagi memastikan para pelajar betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi peperiksaan MUET sebenar yang akan diadakan pada hari sabtu ini. Selain daripada itu, melalui peperiksaan tersebut para pelajar dapat menilai tahap pencapaian MUET semasa mereka.

Mutakhir ini kebanyakan universiti mensyaratkan keputusan MUET aras 2 untuk memboleh para pelajar memohon belajar ke universiti tersebut. Namun untuk sesetengah kursus memerlukan kelulusan yang lebih tinggi. Justeru, melalui peperiksaan percubaan tersebut diharap para pelajar akan lebih bersedia bagi mencapai kelulusan yang lebih baik berbanding pada masa-masa yang lalu.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Subscribe Here
