4/21/2012

HAC 2012: TAHNIAH AHMAD ARIFF OSMAN

4/21/2012
21 April - Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2012 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Khir Johari, Tanjong Malim. Majlis yang diadakan bagi menghargai pencapaian yang cemerlang para pelajar dalam peperiksaan dalaman 2012 dan peperiksaan awam 2011.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Rosni binti Sohar, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Hulu Selangor. Beliau merupakan mantan pelajar SM Khir Johari, Tanjong Malim pada awal tahun 1980-an.
Buat pertama kalinya majlis seumpama itu diadakan di Dewan Arena (Dewan makan asrama) kerana tapak dewan sedang dalam proses pembinaan bangunan baru setinggi empat tingkat.
Apa yang lebih manis lagi, Ahmad Ariff Osman (gambar, dua dari kiri) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Jauhari iaitu anugerah kecemerlangan tertinggi dalam majlis tersebut. Manakala Kong Ka Man pelajar kedua terbaik STPM 2011 menerima Anugerah Haniff Hashim.
Selain daripada itu, seramai tiga orang guru Pra-U telah menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah atas peningkatan pencaaian mata pelajaran dalam STPM 2011. Mereka ialah; En.Nallatamby a/l Nalliah dan En.Alias bin Haron (Pengajian Perniagaan), En.Abd Malek bin Selamat (Kesusasteraan Melayu) dan Pn.Rohanna bt Ramli (Seni Visual).
Syabas diucapkan kepada Ahmad Ariff Osman dan Kong Ka Man atas anugerah yang diterima. Syabas juga kepada guru-guru yang menerima sijil penghargaan serta kepada para pelajar Pra-U 2 2012 yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. [Foto]
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa