
Antara objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar dalam menghadapi suasana yang mencabar untuk meneruskan kelangsungan kehidupan. Untuk itu, selama dua malam aktiviti yang mencabar aspek fizikan dan mental dilakukan iaitu aktiviti "ikhtiar Hidup" iaitu membina khemah serta menyalakan ungun api dalam ladang kepala sawit keadaan basah serta aktiviti "explorace" dalam kebun getah. Aktiviti pada siang hari juga tidak kurang mencabar. Parapelajar dikehendaki memasak nasi menggunakan buah kelapa muda serta memanggang ikan Keli serentak menggunakan "dapur" yang sama.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Puan Hajah Noraini binti Yeub Sidi, Pengetua Cemerlang SMK Khir Johari, Tg.Malim. Turut serta dalam majlis penutupan ialah tetamu jemputan, Encik Johari Rasikan, mantan ketua kampung Behrang Ulu.
Tahniah kepada para peserta yang berjaya menamatkan program dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru dan guru pelatih UPSI yang sama-sama menjayakan program tersebut.