
Neera a/p Hari Krishna telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan STPM 2010 dengan pencapaian PNGK 3.83.Malah Neera adalah salah seorang pelajar terbaik daerah Batang Padang. Neera telah dinugerahi Anugerah Dato' Hanif Hashim atas pencapaiannya itu.
Semoga tidak berapa lama lagi anda semua akan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading seperti yang diidam-idamkan. Doa kami semoga kecemerlangan ini akan berterusan sehinggalah bergelar graduan pada suatu hari nanti.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan HAC 2011. Ia melibatkan kombinasi semua pihak. Terima kasih kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Daerah batang Padang, Tn.Hj.Mohammad Nawawi bin Yaakob, AMN yang sudi hadir bagi merasmikan HAC kami. Terima kasih kepada ibu bapa yang turut hadir. Tanpa sokongan dan dokongan kalian siapalah kami.
Ucapan terima kasih yang sangat istimewa kepada Pn. Hjh. Halijah Johari kerana telah merekacipta serta menaja sepenuhnya jubah khas sempena HAC pada tahun ini. Sungguh cantik dan sangat sesuai sekali. Tahniah diucapkan.