
Pihak pengurusan Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim sangat berbesar hati apabila dipilih oleh Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk terlibat sebagai sekolah rintis dalam pelaksanaan portal MyGuru2. Sehubungan dengan itu satu majlis pelancaran akan diadakan pada 26 April 2011 (Selasa) di Dewan Konvensyen, Aras 5, Pusat ICT.
Pada hari ini tiga orang pensyarah telah menerima taklimat di Pusat ICT, UPSI untuk tujuan pendedahan aplikasi tersebut sebelum semua pelajar dan staf akademik menerima kursus khas pada tarikh tersebut.
Ibu bapa turut dijemput hadir dalam majlis tersebut bagi mengikuti ceramah keibubapaan jyang akan dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah.
Pada majlis yang sama para pelajar secara rasmi akan dimaklumkan Penasihat Akademik masing-masing.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Subscribe Here
