5/12/2010

LAWATAN PEGAWAI DARI KPM DAN JPN...

5/12/2010
Pada pagi ini pihak pengurusan prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim dikunjungi dua orang tetamu istimewa. Beliau ialah En.Jamal bin Hj.Bongkek, Pegawai Kementerian Pelajaran (Pengurusan Tingkatan Enam) dan Encik Muhammad Hairil bin Melan Penolong Pengarah, Pengurusan Tingkatan Enam, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Perak.
Mereka membuat lawatan serta pemantauan minggu orientasi tingkatan enam rendah. Encik Jamal berkesempatan menyampaikan ucapan di hadapan para pelajar tingkatan enam rendah. Mereka juga berkesempatan melawat bilik pengurusan prauniversiti serta ke bilik studio seni dan bilik guru. Secara umumnya beliau berpuas hati dengan pengurusan program orientasi tingkatan enam rendah yang dijalankan.
Terima kasih kepada En.Jamal dan En.Muhammad Hairil atas kesudian melawat ke SMK Khir Johari, Tg.Malim. [Foto selebihnya dalam Facebook]
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa