1/23/2010

MAJLIS HARI INTERAKSI KALI PERTAMA 2010

1/23/2010
Hari ini berlangsung Majlis Hari Interaksi kali pertama 2010. Majlis ini diadakan bagi membolehkan pihak sekolah berbincang dengan ibu bapa tentang pencapaian peperiksaan akhir tahun 2009 sewaktu di tingkatan enam rendah. Ibu bapa boleh bertanya tentang kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka.

Selain daripada itu, para pelajar akan membuat aku janji tentang target yang akan cuba dicapai dalam peperiksaan STPM 2010. Proses aku janji itu dilakukan di hadapan ibu bapa dan guru dengan harapan ibu bapa tahu pencapaian semasa anak masing-masing di samping melihat potensi anak-anak mereka dalam peperiksaan STPM sebenar.

Semoga dengan kehadiran ibu bapa ke sekolah akan menambahkan hubungan yang positif antara kedua-dua pihak demi memastikan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan STPM.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa