12/08/2009

SURAT SIARAN 7 DISEMBER 2009

12/08/2009

Penolong Kanan 1
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum,

Penolong Kanan Petang,

Ketua Bidang,

Guru Koko Ting 6,

Guru Amali Ting 6,

Guru Akademik Tingkatan 6,

Pelajar Tingkatan 6


Tuan/Puan,


PERLAKSANAAN PENGURUSAN TINGKATAN 6 TAHUN 2010


Merujuk kepada perkara di atas dengan ini dimaklumkan bahawa perlaksanaan pengurusan tingkatan enam sekolah ini akan dilaksanakan sepenuhnya mulai sesi persekolahan 2010.(Rujukan : Garis Panduan Perlaksanaan Pengurusan Tingkatan 6 bertarikh 11 Mei 2009)

2. Sehubungan dengan itu pihak saya memohon kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan untuk menjayakan perlaksanaan pengurusan tingkatan 6 tersebut .

3. Bersama-sama ini disertakan LAMPIRAN 01/T6/02 berkaitan untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan.

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan adalah di aku-alukan dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian terima kasih.

Saya yang benar,

……………………………. …………………….

(ASRIS BIN ALI)

PENOLONG KANAN TG 6,

SMK KHIR JOHARI, TG MALIM

LAMPIRAN 01/TG6/02


PENGURUSAN TINGKATAN 6 TAHUN 2010

1.0 PENTADBIRAN

1.1 Pengurusan Murid Tingkatan 6 diasingkan dari pengurusan murid Ting 1-5

1.2 GPK Tingkatan 6 akan menguruskan semua urusan berkaitan Tingkatan 6 dari segi,

Pentadbiran, kurikulum, kokurikulum, dan Hal Ehwal murid Tingkatan 6.

1.2.1 Jawatankuasa Pentadbiran, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal ehwal Murid

Tingkatan 6 yang tersendiri.

1.2.2 Guru Akademik Tingkatan 6 akan diberi tanggongjawab dalam Jawatankuasa

Pentadbiran, Kurikulum, Kokurikulum dan HEM Tingkatan 6 sahaja.

1.2.3 Guru Akademik Tingkatan 6 DG 48 / DG 52 boleh memegang Jawatan Penting di sekolah seperti S/U Peperiksaan, Ketua Penyelidikan,Ketua unit mp Tingkatan 6, AJK Majlis Kurikulum Sekolah. Sementara Guru Akademik 44 akan memegang jawatan dalam Jawatan Kuasa Pengurusan Tingkatan 6 di atas.

1.2.4 Guru akademik tingkatan 6 tidak perlu menghadiri aktiviti yang tidak berkaitan dengan keperluan /aktiviti Tingkatan 6.

1.2.5 Senarai Tugas Guru Tingkatan 6 tahun 2010 akan disediakan.

1.3 Guru Akademik Tingkatan 6 yang telah bersetuju dan mengesahkan penerimaan perlantikan sebagai Guru Akdemik Tingkatan 6 perlu melepaskan semua jawatan yang dipegang dengan serta merta.

1.4 Guru Akademik Tingkanan 6 perlu menyediakan 4 Folio iaitu Folio Pengajaran dan Pembelajaran, Folio Penyelidikan, Folio Penilaian dan Taksiran, dan Folio Kokurikulum.

1.5 Panggilan kepada guru-guru ingkatan 6 adalah Pensyarah (Encik / Puan)

1.6 Panggilan kepada kelas Tingkatan 6 adalah PRA-U

1.7 Pakaian kerja bagi pensyarah Tingkatan 6 adalah Kot/Blazer yang kemas bertali leher

1.8 Prestasi Guru akademik /Pensyarah Tingkatan 6 dinilai oleh GPK Tingkatan 6.

1.9 Prasarana Tingkatan 6 (bilik kuliah/bilik tutorial dan bilik pengurusan Tingkatan 6 perlu disediakan secukupnya bagi memudahkan pengurusan / pentadbiran Tingkatan 6)

1.10 Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan persetujuan pengetua.

2.0 KURIKULUM

2.1 GPK Tingkatan 6 akan mengajar 8 waktu seminggu.

2.2 Guru Akademik Tingkatan 6 mengajar 16-24 waktu seminggu.

2.3 Pengurusan Jadual Waktu Tingkatan 6 diasingkan dari pengurusan Jadual Waktu Ting 1-5

2.4 GPK Tingkatan 6 akan menguruskan perancangan dan perlaksanaan Jadual Waktu

Tingkatan 6 (Jawatankuasa Jadual Waktu Tingkatan 6 tersendiri. Berbincang dengan Jawatankuasa Jadual Waktu Ting 1-5 menentukan/ menyelaras kemudahan makmal/amali)

2.4.1 Kelas berbentuk kuliah dan tutorial akan dilaksanakan mulai sesi 2010.

2.4.2 Mata pelajaran Pengajian Am, MUET dan Bahasa Melayu akan dilakukan

serentak secara Kuliah. (Totorial berasingan mengikut kelas/perbincangan guru mata pelajaran berkenaan)

2.4.3 Semasa Kuliah dijalankan semua guru terlibat perlu berada dibilik kuliah. Rancangan harian perlu direkodkan.

2.5 Guru Akademik Tingkatan 6 mengajar Tingkatan 6 sepenuhnya.

2.6 Guru Akademik Tingkatan 6 perlu menyediakan Folio Pengajaran dan Pembelajaran.

Sukatan Pelajaran dan Rancangan P&P Semesta/Bulanan dan Rancangan P&P Harian

Perlu disediakan direkodkan dalam Folio tersebut.

2.7 Jadual Relief Kelas Tingkatan 6 hanya dikalangan Guru Akademik Tingkatan 6 sahaja.

Guru Tingkatan 6 tidak terlibat dengan Jadual Relief Ting 1-5.

2.8 Guru Akademik Tingkatan 6 perlu memenuhkan Jadual Tingkatan 6 Rendah (PRA-U1)

sehingga kedatangan pelajar Tingkatan 6 rendah dengan aktiviti R&D (individu), penulisan Ilmiah dan lain-lain yang berfaedah. Semua aktiviti tersebut perlu direkodkan untuk rujukan.

2.9 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan persetujuan pengetua.

3.0 HAL EHWAL MURID

3.1 Pengurusan Hal Ehwal Murid tingkatan 6 diasingkan dengan H.E.M Tingkatan 1-5

AJK H.E.M Tingkatan 6 akan dilantik dikalangan Guru akademik Tingkatan 6

3.2 Semua Guru Akademik Tngkatan 6 adalah Guru Disiplin Tingkatan 6

3.3 Penyelaras /Jawatankuasa HEM Tingkatan 6 akan bekerjasama dengan GPK HEM dalam

semua urusan berkaitan Hal Ehwal Murid Tingkatan 6.

3.4 Perlaksanaan Hal Ehwal Murid Tingkatan 6 dilaksanakan mulai 2010

3.4.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan pada hari Isnin bersama pelajar lain

3.4.2 Perhimpunan harian pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat berasingan dengan

Perhimpunan pelajar Ting 1-5

3.4.3 Pelajar Tingkatan 6 dibenarkan memakai pakaian batik semasa P&P dan menghadiri aktiviri pada hari Khamis (Pakaian batik yang dipersetujui oleh pihak Pengetua )

3.4.4 Pakaian rasmi pelajar lelaki ialah baju putih, berseluar putih. dan bertali leher merun . Pelajar lelaki dibenarkan mamakai kasut kulit (hitam)

3.4.5 Pakaian rasmi pelajar perempuan ialah batu putih , kain merun .Pelajar perempuan dibenarkan memakai kasut kulit (hitam) dan memakaii tudung biasa / lain tetapi bewarna putih.

3.5 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan persetujuan pengetua.

4.0 KOKURIKULUM

4.1 Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6 diasingkan dengan Pengurusan Kokurikulum Ting 1-5

4.2 Guru Kokurikulum Tingkatan 6 akan menguruskan semua urusan berkaiatan dengan Kokurikulum Tingkatan 6

4.2.1 Pelajar Tingkatan 6 menganggotai aktiviti kokurikulum yang berasingan dengan

aktiviti kokurikulum Tingkatan 1-5

4.2.2 Pelajar Tingkatan 6 akan mempunyai kelab/persatuan/permaianan dan pasukan beruniform sendiri. Semua Pelajar Tingkatan 6 terlibat dengan aktiviti kokurikulum.

4.2.3 Pelajar Tingkatan 6 boleh dilantik sebagai Jurulatih/Pengadil Permaianan/Pengadil sukan sekolah.

4.3 Guru Kokurikulum Tingkatan 6 akan menguruskan aktiviti/ penilaian Markah Kokurikulum pelajar Tingkatan 6

4.3.1 Menyemak/mengumpul/memastikan pelajar yang memasuki tingkatan 6 rendah

mempunyai rekod markah Kokurikulum di peringkat SPM (Tingkatan5). Salinan markah kokurikulum tersebut perlu di semak dan disimpan dengan baik.

4.3.2 Markah Kokurikulum Tingkatan 5 tersebut akan dicampur dengan markah kokurikulum semasa pelajar berada di Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Purata markah Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 akan diambil kira bagi memenuhi syarat

keperluan markah 10% permohonan ke IPTA.

4.3.3 Guru Kokurikulum Tingkatan 6 perlu bekerjasama dengan Guru Kanan Kokurikulum

bagi meyelaraskan aktiviti kokorikulum

4.4 Senarai nama dan AJK persatuan/kelab/permianan dan unit beruniform akan di lampirkan kemudian.

4.5 Guru Tingkatan 6 juga terlibat dengan aktiviti Sukan Tahunan / Aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah.

4.4 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan persetujuan pengetua.

Saya yang benar,


…………………tt …………………..

(ASRIS BIN ALI)

GPK TINGKATAN 6

SMK KHIR JOHARI TANJONG MALIM

7 Disember 2009

Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa