12/01/2009

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM

12/01/2009
Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa rungutan daripada ibu bapa berhubung dengan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam. Di antara rungutan yang dibangkitkan oleh ibu bapa dan murid ialah pelaksanaan kelas Tingkatan Enam sehingga menjangkau jam 4.00 petang telah mendatang masalah pengangkutan kepada murid-murid selain masalah makanan yang lazimnya dinikmati semasa tengah hari.

3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan, contoh-contoh yang dikemukakan dalam surat siaran tersebut hanyalah sebagai panduan kepada semua Pengetua di dalam merencanakan jadual waktu mingguan kelas tingkatan enam rendah. Namun demikian, jadual waktu mingguan kelas Tingkatan Enam Rendah yang dilaksanakan di setiap sekolah adalah tertakluk kepada kebijaksaan dan budi bicara Pengetua sekolah supaya ianya sesuai dan telah mengambilkira prasarana dan situasi sekolah masing-masing serta semua permasalahan seperti pengangkutan yang mungkin timbul dan mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa dan murid-murid.

4. Sehubungan itu, bagi tujuan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam Bawah (2009) dan seterusnya Tingkatan Enam untuk sesi persekohan 2010, semua komponen yang dinyatakan dalam surat siaran KP(BS-MEN) 303/01/03 (2) bertarikh 10 April 2009, perlu dipenuhi (seperti Lampiran) manakala kaedah pelaksanaan jadual waktu mingguan bagi kelas Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengetua sekolah untuk disesuaikan berasaskan kepada prasarana dan situasi sekolah masing-masing.

5. Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan surat siaran ini kepada semua Pengetua Sekolah Pusat Tingkatan 6 di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.


Sekian. Terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HJ MOHD DOM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia




LAMPIRAN
BIL
KOMPONEN
BIL WAKTU (MINIT)
CATATAN
1.
Pengajaran dan Pembelajaran (bagi setiap mata pelajaran)*
8 x 40 minit = 320 minit
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997* (m/s 143)
2
Kokurikulum
4 X 40 minit = 160 minit
SPI Bil 2/2007 : Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah
3.
Penyelidikan dan Kolokium
2 X 40 minit = 80 minit
Tambahan
Nota : * Jumlah mata pelajaran yang wajib diambil ialah
4 mata pelajaran STPM + MUET (dimasukkan dalam jadual waktu
persekolahan) seperti pekeliling 2 Februari 1999 (MPM/7(AM) 99
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa