11/14/2009

SAF KEPEMIMPINAN MPPPU: SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA "RAKYAT"

11/14/2009
Setelah seminggu "bahang" pilihan raya berlalu, setelah seminggu juga ucapan tahniah diterima oleh para calon yang telah berjaya meraih keyakinan pengundi. Kini, tiba masanya saf kepemimpinan MPPPU untuk berkhidmat kepda "rakyat" yang memilih mereka.
Harapan kami kepada anggota kabinet MPPPU yang telah dipilih akan terus mencari idea bagaimana untuk memartabatkan tingkatan enam di pesada pendidikan negara. Jangan mudah menyerah kalah terhadap segala rintangn dan cabaran yang bakal ditempuh. Sesungguhnya bukan mudah bergelar pemimpin. Justeru, tidak ramai yang berkebolehan memimpin sebuah organisasi. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Jika kita tidak didedahkan dengan "dunia" kepemimpinan seawal di bangku sekolah bila lagi kita akan sempat belajar mengenal erti cabaran dan halangan sebagai pemimpin.
Bermesyuarahlah dalam kebanyakan perkara agar berlaku percambahan idea serta minda bagi menangani setiap masalah atau aktiviti yang aka dilaksanakan.
Kami dimaklumkan bahawa mesyuarat kabinet pertama MPPPU telah berlangsung pada 12 November 2009. Syabas, teruskan usaha anda. Kami sentiasa mendoakan agar saf kepemimpinan MPPPU sentiasa berjaya dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa