11/16/2009

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam Tepat Sekali

11/16/2009
PENJENAMAAN semula pendidikan tingkatan enam supaya lebih bercirikan sistem universiti termasuk memperkenalkan pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial adalah tepat sekali.
Sistem yang lebih dikenali sebagai kelas Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah mencapai era pascamatang.
Sistem pendidikan, justeru, wajar disuntik dengan elemen pengajaran baru yang segar-bugar. Ini kerana pelajar-pelajar STPM menagih suatu anjakan paradigma.
Sebagai bekas pelajar STPM, saya berpendapat pelaksanaan usaha reformasi pendidikan tingkatan enam perlu dipacu segera.
Jangan ditangguhkan usaha yang baik hanya kerana kekangan peruntukan kewangan ataupun prasarana yang mencukupi.
Saya bersetuju dengan langkah Kementerian Pelajaran mencontohi amalan di Brunei yang mempunyai Pusat Tingkatan Enam.
Jika kita ingin mewujudkan sekolah khas itu untuk pelajar terbabit, saya mencadangkan ia "dikembarkan" dengan institusi pengajian tinggi awam.
Menerusi program "kembar'' itu, para pelajar boleh mengakses pangkalan data di universiti-universiti. Mereka boleh membaca tesis, jurnal dan hasil penyelidikan profesor yang jarang terdapat di perpustakaan sekolah.
Interaksi antara para pelajar dengan ahli-ahli akademik yang dipupuk dapat mengasah kreativiti serta daya fikiran mereka.
Malah, bagi sesetengah mata pelajaran seperti Pengajian Am, para pelajar STPM fitrahnya layak mengikuti kuliah dan tutorial mengenai Asas Kenegaraan yang disyarahkan di universiti. Sukatan pelajarannya hampir sama berdasarkan pengalaman pembelajaran saya yang lalu.
Jika ruang dewan kuliah tidak dapat menampung semua graduan serta pelajar STPM, maka jadikannya suatu pendidikan jarak jauh. Pelajar-pelajar STPM boleh mengikuti syarahan tersebut secara maya di sekolah mereka.
Pendedahan awal sebegini membolehkan pelajar-pelajar terbabit menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di universiti. Aktiviti-aktiviti sekolah boleh diadakan di pusat pengajian tinggi dari semasa ke semasa.
Pihak universiti pula turut melibatkan pelajar-pelajar STPM dalam seminar, bengkel dan ceramah.
Melalui rombakan sistem itu, saya yakin mereka akan lebih teruja untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

AU YEONG HOW

Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa