11/02/2009

PILIHAN RAYA MPPPU: KEMPEN BERMULA!

11/02/2009
Pada hari ini seramai 34 orang daripada 38 orang calon yang bertanding dalam Pilihan Raya MPPPU 2009/2010 melakukan kempen masing-masing. Para calon berkempen di hadapan semua pelajar tingkatan enam rendah sejurus mata pelajaran terakhir peperiksaan akhir tahun selesai sekitar jam 11.30 pagi.
Oleh sebab ini merupakan pengalaman pertama masing-masing berkempen, masih banyak lagi aspek yang boleh dipertingkatkan pada masa akan datang. Antara kemahiran yang masih boleh dipertingkatkan ialah, penggunaan bahan kempen seperti poster atau pamflet. Cara berpidato bagi mempengaruhi minda pengundi. Justeru, kebanyakan calon hanya memperkenalkan diri masing-masing dan sedikit janji yang akan dilakukan jika masing-masing terpilih dalam pilihan raya yang dijangka akan berlangsung pada 9 November nanti.
Dalam ucapan pengelola pilihan raya, Cikgu Abd Malek menasihati para calon agar dapat menggunakan masa yang ada untuk terus menjalankan kempen yang sihat. Para calon yang ingin mewujudkan pakatan tertentu bagi memastikancalon-calon yang bersefahaman memenangi pilihan raya juga dialu-alukan.
Beliau menasihati kepda para pengundi agar bijak memilih teraju kepemimpinan MPPPU. Pastikan calon-calon yang dipilh berdasarkan kewibawaan membawa organisasi ke arah yang lebih mantap.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa