11/03/2009

LAWATAN PENOLONG PPD KEMANUSIAAN

11/03/2009
Hari ini Pegawai Pelajaran Bidang Kemanusiaan Daerah Batang Padang, En.Khamdan bin Iskandar membuat lawatan ke tingkatan enam SMK Khir Johari, Tg.Malim. Tujuan utama lawatan beliau adalah untuk berjumpa dengan para pelajar yang disasarkan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam STPM 2009.
Seramai enam orang pelajar calon STPM 2009 yang mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan percubaan baru-baru ini telah dijemput untuk menghadiri sesi penerangan bersama dengan En.Khamdan. Beliau ialah, Fong Mei Ling, Nurfarah Juliana bt. Jamil, Wong Hui Shen, Nurul Shahira bt. Zulkifli, Chao Xiang Mei dan Nur Syafinaz binti Azmi. Antara perkara yang disentuh secara khusus ialah berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai semua A dalam peperiksaan STPM 2009.
Diharap melalui pertemuan ini akan dapat meninkatkan lagi semangat para pelajar ke arah mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung lebih kurang dua minggu lagi. Walau bagaimanapun kecemerlangan ini sepatutnya bukan terhenti kepada enam orang pelajar tersebut sahaja. Malah, cabaran itu sepatutnya disambut oleh semua orang calon.
Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada En.Khamdan kerana sudi datang ke SMK Khir Johari, Tg.Malim. Semoga melalui pertemuan ini ia akan menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, daerah Batang Padang dan negeri Perak.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa