11/22/2009

KINI PELAJAR TINGKATAN ENAM ADA LAMAN FACEBOOK SENDIRI

11/22/2009
Selaras dengan kepesatan teknologi ICT dalam membina rangkaian sosial, Laman Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim turut mengambil peluang itu dalam membina rangkaian para pelajar tingkatan enam (sama ada yang telah meninggalkan sekolah atau sedang berada di tingkatan enam) dan pendidik (termasuk yang telah berpindah) melalui laman Facebook.
Walaupun ada pihak yang mengklasifikasi Facebook sebagai laman jalinan sosial yang boleh mewujudkan budaya yang negatif, tetapi bagi kami ia terserah kepada para pelayar internet untuk menjadikannya positif atau negatif.
Tujuan utama laman ini memiliki Facebook adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin ahli dalam jaringan ini bagi beberapa tujuan yang boleh diarahkan kepada yang positif. Bertitik tolak kepada prinsip sebuah organisasi yang baik perlu kepada ahli yang bukan sahaja ramai malah mesti saling mengenali sesama mereka. Oleh sebab, masing-masing sibuk dengan karier masing-masing, maka laman sebegini sangat mudah untuk mereka berinteraksi. Malah, pelbagai aktiviti boleh dirancang hanya melalui pertemuan secara maya.
Harapan kami, melalui Facebook ini, usaha untuk menubuhkan Alumni Tingkatan Enam SMK Khir Johari akan dapat dilaksanakan pada tempoh masa yang sesuai.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa