11/19/2009

JAMUAN PERPISAHAN 2009: TAHNIAH MPPPU!

11/19/2009
Saf kepemimpinan MPPPU yang baru dipilih dalam pilihan raya baru-baru ini telah mejalankan tugas pertama iaitu menganjurkan Jamuan Perpisahan untuk para pelajar tingkatan enam atas.
Acara tahunan yang telah menjadi tradisi di SMK Khir Johari, Tg.Malim ini dikendalikan sepenuhnya oleh MPPPU atau sebelum ini dikenali sebagai PERTINAM. Beberapa acara dilaksanakan dalam majlis tersebut. Ucapan Presiden MPPPU, Sdr. Alia Nadhirah; mantan Pengerusi PERTINAM, Sdr.Hizmi serta ucapan PK Tingkatan Enam, En.Asris Ali dan ucapan Bonda Pengetua.
Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan sketsa para pelajar tingkatan enam atas serta penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PERTINAM sesi 2008/2009, dan acara cabutan nombor bertuah.
Tahniah kepada barisan kepemimpinan MPPPU kerana berjaya menjalankan tugasan pertama anda dengan jayanya. Jika ada teguran dari guru-guru, terima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada. Semoga penganjuran majlis-majlis yang akan datang akan lebih baik lagi. Tahniah sekali lagi.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa