11/17/2009

HALALKAN YANG DIBERI.. MAAFKAN YANG TERKURANG...

11/17/2009
Hari ini berlangsunglah majlis yang dinamakan "Majlis Restu Ilmu" untuk para calon SPM dan STPM 2009. Majlis diadakan di dewan sekolah.
Majlis yang lebih kepada suatu usaha terakhir untuk memberi perangsang dan sokongan moral kepada para pelajar tingkatan lima dan enam atas sebelum bermulanya secara rasmi kedua-dua peperiksaan esok. Semoga para pelajar akan beroleh ketenangan fikiran dalam menjawab semua soalan yang dihadapi dan kelancaran idea semasa menjana isi-isi penting atas kertas jawapan.
Selain daripada itu, guru-guru juga dengan lapang dada, memohon maaf atas apa sahaja kekurangan yang diberi, masa yang tercuri dan sebagainya. Maklumlah, atas pelbagai urusan yang perlu dilaksanakan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan.
Dalam majlis tersebut, sebagai tanda simbolik atas restunya pihak sekolah bagi mengiringi putera dan puteri sebelum memasuki medan perjuangan, tuan Pengetua telah berkesempatan menyampaikan dua batang pen seorang kepada semua calon kedua-dua jenis peperiksaan.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa