10/08/2009

PILIHAN RAYA TINGKATAN ENAM: PANDANGAN DIALU-ALUKAN

10/08/2009
Sewaktu berbincang dengan PKT6 pagi tadi di balai tetamu, kolam ikan, kami ada bercakap tentang usul atau cadangan untuk menjenamakan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) kepada suatu jenama yang lebih baik selaras dengan penjenamaan semula tingkatan enam itu sendiri. Apa jenamanya tidaklah masuk dalam perbincangan kami. Cuma apa yang kami bincang ialah kaedah pemilihan AJK PERTINAM.
Oleh sebab guru-guru GAT6 ada yang berkebolehan sedikit dalam membuat borang secara online, kenapa tidak kita buat ala-ala pilihanraya. Maksudnya, penamaan calon kita buat secara online, cuma setelah tamat pencalonan kita akan paparkan di papan kenyataan calon-calon yang telah mendapat pencalonan. Jika hanya seorang sahaja pencalonan, maka calon tersebut menang tanpa bertanding.
Jika ada pertandingan, kita adakan sesi kempen. Bergantung kepada jumlah calon yang bertanding. Mungkin jika sesuai kita bagi tempoh 15 minit seorang untuk berkempen. Masanya, pada sesi petang lah... Harinya mungkin hari selasa. Kemudian pada hari khamis, diadakan pula hari pengundian.
Kaedah pengundiannya juga secara online. Mungkin dua atau tiga buah laptop yang ada akses ke internet disediakan untuk membolehkan para pelajar mengundi senarai calon yang telah dicadangkan itu. Lagi banyak laptop lebih baik. Ia akan mempercepatkan sesi pengundian.Sejurus pengundi terakhir mengundi, keputusan terus boleh diperolehi melalui rumusan pengundian.
Idea ini diutarakan bagi menambahkan lagi kelainan daripada aktiviti yang pernah para pelajar lalui semasa di tingkatan-tingkatan yang terdahulu. Di samping itu, sesi berkempen itu juga dapat meningkatkan penguasaan para pelajar dalam pengucapan awam.
Seperkara lagi yang boleh dibincangkan ialah nama PERTINAM itu sediri. Oleh sebab semua pelajar telah mendaftar kelab, permainan dan persatuan, maka dengan sendirinya PERTINAM dianggap satu unit persatuan yang lain dan lebih tinggi kedudukannya berbanding unit-unit kokurikulum tersebut. Ini memandangkan semua pelajar tingkatan enam adalah ahli PERTINAM secara automatik. Justeru, saya mencadangkan agar PERTINAM digantikan dengan satu organisasi lain yang menyerupai Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti. Ia dianggap organisasi yang berfungsi sebagai penjaga kepentingan dan kebajikan para pelajar. Kalau sesuai kita namakan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim (MPPPU).
Justeru dalam laman ini, semua pihak termasuk guru dan pelajar boleh menyuarakan pandangan dan pendapat dalam perkara ini. Terima kasih
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa