10/07/2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG

10/07/2009
7 OKTOBER - Kursus Pembinan Blog telah berjaya dilaksanakan pada petang ini. Antara objektif utama kursus tersebut diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru di SMK Khir Johari, Tg.Malim tentang teknik pembinaan serta mengurus blog.

Seramai 16 orang guru telah terlibat dalam kursus ini. Mereka terdiri daripada lapan orang Guru Akademik Tingkatan Enam, dua orang Guru Cemerlang dan guru-guru lain yang berminat. Mengikut maklumat pendaftaran yang dibuat secara dalam talian, 50% daripada para peserta telah memiliki blog masing-masing. Manakala 94% atau 15 orang daripada mereka ingin menjadikan blog untuk tujuan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran.
Secara umumnya, penganjuran kursus sebegini telah berjaya menarik minat guru-guru terhadap penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Malah mereka berharap agar ada lagi kursus susulan selepas ini.
Kursus yang bermula sekitar 2.15 petang itu berakhir kira-kira 4.30 petang. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya menghadirkan diri ke kursus tersebut. Semoga selepas ini akan ada masa untuk mengemaskini blog-blog yang telah berjaya dibina. Selamat berkarya! Klik di sini kepada para peserta yang masih belum mengisi soal selidik pasca kursus.
Untuk laporan soal selidik, sila klik di sini
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa