(Jadual di atas tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari masa ke masa sepanjang minggu orientasi. Harap maklum)
Untuk makluman anda sekalian, mulai kemasukan pelajar tingkatan 6 bawah pada 8 Mei 2012 ini, para pelajar akan melalui Sistem Pentaksiran STPM Baharu. Sistem ini hampir seluruhnya menyamai pelaksanaan sistem semester di IPT atau pusat matrikulasi. Para pelajarakan melalui pembelajaran selama 15 minggu (tertakluk pada takwim persekolahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) sebelum menjalani peperiksaan di setiap hujung penggal. Berbanding sistem STPM yang sedia ada iaitu peperiksaan berada pada penggal ketiga. Oleh itu beberapa perkara mungkin kurang jelas, apatah lagi sistem yang ada sekarang telah berlangsung sekian lama serta telah difahami sepenuhnya oleh orang ramai.
Mulai tahun ini, para pelajar yang ditawarkan ke tingkatan 6 bawah adalah dinasihati tidak mendaftarkan diri ke PLKN kerana pihak PLKN akan menyediakan kursus khas kepada anda selepas tamat STPM. Jika anda mendaftarkan diri di PLKN, bererti anda tidak berpeluang meneruskan pengajian di tingkatan 6 kerana nama anda tidak didaftarkan dalam calon-calon STPM untuk peperiksaan pengggal pertama 2012 yang akan berlangsung pada 5-8 November 2012.
Bagi calon-calon yang bercadang untuk bertukar aliran atau berpindah sekolah, sila rujuk prosedur perpindahan dan pertukaran jurusan di portal Jabatan Pelajaran Perak atau terus download borang di sini. Sila buat salinan borang yang berkenaan sahaja. Perkara berkaitan dengan pertukaran aliran dan berpindah sekolah perlu diurus serta diselesaikan secepat mungkin kerana dibimbangi akan mengganggu proses pembelajaran para pelajar memandangkan tarikh peperiksaan yang sangat hampir.