Tahniah dan syabas kepada para pelajar lepasan SPM 2011 yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2012. Justeru, pihak Pengurusan Pra-U SMK Khir Johari, Tanjong Malim ingin mengalu-alukan kehadiran anda ke sekolah ini bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil STPM.
Tarikh melapor diri : 8 Mei 2012
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Kuliah A, Pra-U SMKKJ
Pakaian: Seragam sekolah dan kemas*
Bagi memudahkan proses pendaftaran, sila lengkapkan dokumen pendaftaran seperti berikut.
- Salinan kad pengenalan (2 salinan)
- Salinan sijil lahir (2 salinan)
- Surat tawaran Prauniversiti @ 6 Bawah (2 salinan)
- Sijil Berhenti sekolah (2 salinan)
- Sijil/ Slip SPM (3 salinan)
- Gambar saiz paspot (4 keping)
- Penyataan pendapatan ibu bapa / penjaga (2 salinan)
- Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga (2 salinan)
- Bayaran khas orientasi RM50 [Untuk perincian yuran sila klik di sini]
- Rumusan markah kokurikulum tingkatan 5
Lelaki :
Baju kemeja lengan panjang putih, seluar putih, kasut hitam (kulit dibenarkan) & Tali leher warna maroon.
Perempuan :
Muslim-Baju kurung putih, tudung warna putih, kain warna maroon dan kasut hitam
Non-Muslim- Baju kemeja putih, skirt warna maroon dan tali leher warna maroon dan kasut hitam
(Tali leher boleh diperolehi semasa pendaftaran)
Semoga makluman ini akan melancarkan lagi proses pendaftaran.Sekian, terima kasih







Kuala Lumpur Time


