7/14/2011

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN PRAUNIVERSITI DARI PPD HULU LANGAT

7/14/2011
14 Julai (Khamis) - Seramai 31 orang deligasi pengurusan prauniversiti dari PPD Hulu Langat, Selangor berkunjung ke SMK Khir Johari, Tg.Malim. Deligasi tersebut merupakan guru-guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dari 11 buah Pusat Persediaan Prauniversiti daerah Hulu Langat. Deligasi tersebut diketuai oleh Penolong PPD Hulu Langat dan Pengerusi Permuafakatan Prauniversiti daerah Hulu Langat.

Ketibaan deligasi sekitar pukul 11.00 pagi disambut oleh para pensyarah dan pelajar prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim. Seterusnya, mereka terus dibawa ke Bilik Kuliah B untuk sesi taklimat serta perkongsiaan maklumat.

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil Pegawai PPD iaitu Encik Khamdan Iskandar (Penolong PPD Kemanusiaan). Beliau juga mewakili pengetua SMK Khir Johari, Tg.Malim. Seterusnya sesi tayangan video korporat. Tiga orang kumpulan pembentang kolokium mengambil tempat sejurus tayangan video korporat selesai. Mereka ialah, Mohd Arif Osman dan Nor Izzatiaini, NorIzzah dan Gopinath, dan Abdur Rahman Yasuni dan Nur Ezzana. Sesi ulasan daripada tiga orang guru dari daerah Hulu Langat dilakuan sejurus ketiga-tiga sesi pembentangan selesai.

Majlis juga dihuburkan oleh seorang pelajarPra-U 1, Chong Kai Wen dengan gesekan biola yang sangat merdu. Seterusnya sesi perkongsian maklumat pengurusan Tingkatan Enam dilaksanakan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Khir Johari, En.Asris bin Ali.

Sejurus slot En.Asris Ali selesai, majlis diterusklan dengan sesi perkongsian maklumat kedua berkaitan aplikasi blog dan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran pasca bilik darjah oleh En.Abd Malek Selamat, Ketua Unit ICT Pra-U SMK Khir Johari, Tg.Malim.

Majlis disudahi dengan penyampaian cenderahati dari kedua-dua pihak serta ucapan balas dari wakil PPD Hulu Langat.

Terima kasih kepada deligasi PPD Hulu Langat kerana memilih Pra-U SMK Khir Johari, Tg.Malim untuk tujuan program penanda aras pengurusan prauniversiti. Tiada apa yang dapat disajikan melainkan apa yang termampu sahaja. Semoga perkongsian yang tak sepertinya itu akan membina hubungan lebih akrab antara kita. mohon maaf jika ada cacat cela di mana-mana sepanjang majlis berlangsung.

Terima kasih kepada En.Khamdan Iskandar, Penolong PPD Kemanusiaan serta En.Saparuddin Ahmad Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling yang sudi hadir buat membakar semangat kami untuk melaksanakan program tersebut.

Terima kasih kepada semua pensyarah dan pelajar Pra-U SMK Khir Johari, Tg.Malim yang bertungkus lumus menjayakan program terbesar setakat ini. Anggaplah kita semua adalah umpama sebuah bangunan yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa