
07 Julai (Khamis) - Tahniah dan syabas kepada warga SMK Khir Johari, Tg.Malim atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-37, 2011 yang diadakan di stadium Proton Tg.Malim. Majlis dirasmikan oleh Yg.Bsh. Tn.Hj.Muhamad Khari bin Itam, Pengurus Jabatan Industrial Engineering, Proton Tanjung Malim Sdn.Bhd.
Tahniah kepada Rumah Iskandar (Kuning) atas kejayaan menggondol kejuaraan pada tahun ini. Manakala, Rumah Izzuddin muncul pemenang tempat kedua.

Tahniah dan syabas kepada para pelajar prauniversiti yang terlibat dalam membantu tugas-tugas guru bagi melancarkan lagi kejohanan tersebut. Diharap ia akan menjadi pengalaman berharga kepada para pelajar dalam menjayakan program-program lain yang akan dilaksanakan nanti.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Subscribe Here
