6/20/2011

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL

6/20/2011
20 Jun (Isnin) - Pagi ini telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk Almarhumah Nurfarahanim binti Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas kerana terlibat dalam kemalangan maut di Batang Kali. Majlis dipimpin oleh Ustaz Hafiz Padzli, guru praktikum UPSI. Majlis diadakan di surau Al Hidayah, SMK Khir Johari, Tg.Malim.

Semua pensyarah dan pelajar pra-u yang beragama Islam terlibat dalam majlis tersebut. Tuan Pengetua Cemerlang serta beberapa orang guru aliran perdana juga turut terlibat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut. Semoga Almarhumah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang muttaqin dan solehin. Amin
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa