
16 JUN (Khamis) - Pada hari ini telah berlangsung proses pengisytiharan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihan raya MPPPU 2011/2012 yang akan dijalankan pada 28 Jun 2011. Para calon akan diberi selama seminggu untuk berkempen iaitu bermula pada 21 hingga 27 Jun 2011.
Secara tradisinya, aktiviti tersebut merupakan khidmat terakhir barisan kepimpinan MPPPU Sesi 2010/2011 iaitu melaksanakan pilihan raya MPPPU Sesi 2011/2012. Sehubungan dengan itu proses penamaan calon telah dijalankan pada 14 Jun 2011.
Daripada kertas pencalonan yang diterima maklumat awal yang diterima daripada 13 jawatan dalam MPPPU, hanya satu jawatan sahaja yang dimenangi tanpa bertanding iaitu Exco Kebajikan, apabila seorang lagi calon memilih untuk bertanding jawatan naib presiden. Selain daripada itu kebanyakan jawatan memperlihatkan sama ada saingan dua penjuru atau tiga penjuru. Bagi jawatan presiden akan menyaksikan persaingan antara dua orang calon.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Subscribe Here
