6/18/2011

BELASUNGKAWA

6/18/2011
18 Jun (Sabtu) - Pelajar Pra-u 1 Wira, Nurfarahanim binti Ismail telah kembali kerahmatullah malam tadi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama keluarga di Batang Kali. Menurut maklumat yang diterima, keluarga beliau mengalami kemalangan ngeri di mana adiknya juga turut menerima nasib yang sama. Manakala keluarga yang lain dalam kereta turut mengalami cedera parah.

Allahyarhamah merupakan seorang yang disenangi rakan-rakan dan guru-guru kerana perwatakannya yang lemah lembut serta berbudi pekerti luhur. Beliau telah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding bagi kerusi bendahari dalam pilihan raya MPPPU yang akan dilaksanakan pada 28 Jun ini.

Semoga Allah S.W.T. akan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang muttaqin dan solehin serta beroleh limpahan rahmah dan maghfirah daripada-Nya. Amin.. Al Fatihah
______
Catatan: Foto terakhir almarhumah sewaktu majlis pengistiharan calon pilihan raya MPPPU pada 16 Jun 2011 yang lalu.



Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa