5/06/2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU SESI 2011/2012

5/06/2011
Selamat datang diucapkan kepada para pelajar baru prauniversiti sesi 2011/2012 yang akan mendaftarkan diri pada hari Isnin (9/5/2011). Sila bawa cetakan dokumen yang mengesahkan bahawa anda telah ditawarkan ke tingkatan enam. Selain daripada itu bawa bersama dokumen-dokumen yang berkaitan sewaktu pendaftaran. Antara dokumen yang diperelukan semasa sesi pendaftaran ialah;
  1. Kenyataan tawaran
  2. Salinan Kad Pengenalan (2 salinan)
  3. Salinan keputusan peperiksaan SPM (2 salinan)
  4. Salinan Sijil Lahir (2 salinan)
  5. Salinan penyata pendapatan ibu dan bapa atau penjaga (satu salinan)
  6. Gambar saiz paspot (4 keping)
Para pelajar perlu memakai pakaian rasmi sekolah. Uniform rasmi sekolah pra-u SMK Khir Johari, Tg.Malim adalah seperti berikut;
  • Lelaki : Baju kemeja putih (lengan panjang), Seluar panjang putih, kasut kulit hitam dan tali leher maroon.
  • Perempuan : Baju kurung putih, kain berwarna maroon, tudung putih dan kasut hitam.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa