5/29/2011

Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim: Dirgahayu Ke-30

5/29/2011
Pada 4 Mei 2011 yang baru lalu, genaplah 30 tahun usia Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim (Tingkatan Enam).

Mengikut rekod yang terdapat dalam Majalah Kejora (Majalah rasmi sekolah), tingkatan enam di SMK Khir Johari, Tg.Malim ditubuh pada 4 Mei 1981. Seramai 43 orang pelajar diambil untuk sesi pertama. Dua buah kelas sastera diwujudkan bagi menempatkan para pelajar yang datang dari SMK Methodist, Tg.Malim, SMK Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River dan SMK Khir Johari, Tg.Malim sendiri. Manakala seramai lapan orang guru siswazah terlatih telah ditempatkan di tingkatan enam.

Usaha akan dilaksanakan untuk mengumpul koleksi foto-foto lama berkaitan dengan tingkatan enam di SMK Khir Johari, Tg.Malim melalui mantan pelajar yang sudi berkerjasama dengan pihak kami.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa