5/14/2011

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PENDAFTARAN & ORIENTASI PRA-U SESI 2011/2012

5/14/2011
13 MEI 2012 (JUMAAT) - Minggu Pendaftaran dan Orientasi telah berakhir pada hari ini. Majlis penutupan telah disempurnalan oleh Yg.Bhg.Tuan Pengetua Cemerlang SMK Khir Johari, Tg.Malim, Pn.Hjh.Noraini bt. Yeub Sidi.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Pelaksana program kerana berjaya menyusun serta melaksanakan program sebagaimana yang telah dirancang. Ucapan syabas kepada para pelajar baru kerana berjaya melalui minggu orientasi dengan jayanya. Walau ada sebahagian pelajar yang akan melangkah meninggalkan sekolah seperti yang berlaku sebelum ini, beliau mahu agar terus mengingati kenangan indah sewaktu melalui program orientasi di SMK Khir Johari, Tg.Malim.

Walaupun pihak sekolah berdepan dengan masalah prasarana yang agak serius, tetapi beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa