5/16/2011

HARI GURU 2011: KOMITMEN PRA-U PADU.

5/16/2011
16 Mei (Isnin) - Tahniah dan syabas kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Khir Johari Tg.Malim kerana telah berjaya melaksanakan amanah yang dipertang-gungjawabkan bagi mengendalikan Sambutan Hari Guru 2011.

Sambutan diadakan di dataran perhimpunan seawal 8.00 pagi dan berakhir sekitar 1.30 petang. Beberapa acara telah disusun sepanjang program tersebut. Terima kasih kepada NYDP PIBG Mejar (B) ABdul Aziz bin Othman kerana sudi hadir seterusnya menyampaikan ucapan bagi mewakili YDP yang kini berada di Australia atas urusan rasmi. Selain daripada itu, ucapan pengetua, perutusan ucapan Pengarah Pelajaran Perak, Ketua Pengarah Pendidika Malaysia dan Menteri Pelajaran .

Manakala aktiviti lain yang turut dijalankan ialan, acara sukaneka dan permainan ping pong. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat termasuk guru-guru praktikum dari UPSI. Kemuncak majlis Hari Guru 2011 diadakan di Dewan Arena, SMK Khir Johari di mana majlis penyampaian hadiah acara-acara yang dipertandingkan.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa