5/25/2011

Gotong-royong Perdana Pra-U

5/25/2011
24 Mei (Selasa) - Terima kasih kepada seluruh pelajar baru (enam bawah) prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim kerana terlibat dalam menjayakan program gotong-royong perdana yang diadakan pada hri ini.

Aktiviti utama program tersebut ialah membaiki meja pelajar. Hal ini kerana para pelajar enam bawah masih mengalami ketiadaan meja dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran dijalankan.

Aktiviti yang berlangsung selama sejam setengah itu telah berjaya menyelesaikan masalah meja tersebut hasil kerjasama antara para pensyarah dan para pelajar 6 bawah. Tahniah diucapkan.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa