4/21/2011

HAC 2011: HARAPAN SETINGGI GUNUNG

4/21/2011
Tinggal lagi sehari Hari Anugerah Cemerlang 2011 (HAC) akan dilangsungkan. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan semua pelajar pra-u 2 tahun lepas yang menerima anugerah hadir. Makluman tentang para penerima anugerah telah dipaparkan dalam facebook sejak hari Isnin. Selaind aripada itu borang jawapan kehadiran juga turut dimuatnaikkan.

Selain daripada itu ada pensyarah yang ditugaskan untuk menghubungi pelajar melalui khidmat pesanan ringaks (sms). Serta ada pula yang diarahkan untuk menelefon para pelajar. Walau bagaimanapun sehingga kini tidak sampai 50 peratus yang mengesahkan kehadiran semasa HAC nanti.

Untuk makluman pada tahun ini para penerima anugerah akan memakai jubah khas yang direka oleh salah seorang pensyarah pra-u. Ia dilihat sebagai satu lagi pembaharuan dalam HAC sebagai penghargaan kepada para pelajar yang bertungkus-lumus dalam mengharumkan nama sekolah.

Semoga akan bertambah ramailah para pelajar dapat hadir pada HAC kali ini. Jumpa di sekolah ya...
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa