9/30/2009

SELAMAT DATANG

9/30/2009
Aplikasi ICT kian penting dalam menyokong kecemerlangan sekolah dalam konteks pendidikan masa kini. Justeru pihak pengurusan Tingkatan Enam atau Pra Universiti SMK KHir Johari Tg.Malim turut menambil inisiatif menggunakan aplikasi ini untuk dimanfaatkan secara konstruktif.
Besar harapan kami dengan kemunculan Laman Pra Universiti SMK Khir Johari Tg.Malim ini akan dapat digunakan dengan sebaik mungkin sebagai pusat sehenti maklumat yang berkaitan dengan pengurusan , pengajaran dan pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal bagi guru dan pelajar Tingkatan Enam di sekolah ini.
Beberapa mekanisme yang sesuai telah diletakkan dalam laman ini untuk digunakan bagi menyuarakan pendapat dan pandangan yang membina guna mencemerlangkan diri sendiri dan seterusnya pihak sekolah. Namun, rasa kebertanggungjawaban itu mesti mendahului dalam setiap apa sahaja pandangan yang ingin disampaikan. Sikap baling batu sembunyi tangan bukan sahaja tidak menampakkan kematangan cara kita bertindak malah dilihat juga sebagai individu yang tidakberpelajaran atau dalam bahasa yang agak kasar "kurang ajar".
Sekian, terima kasih.
Adiministrator.
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Share This
Subscribe Here

 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa