16 Mei - Tanggal keramat ini muncul lagi untuk kesekian kalinya. Tarikh yangpastinya amat dinanti-nanti oleh sesiapa sahaja yang berada dalam arena pendidikan.
Syabas dan tahniah kepada warga pelajar Pra-U 2 (Atas) yang telah mempamerkan komitmen yang tinggi, tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Sambutan Hari Guru 2012. Secara keseluruhannya, acara majlis berjalan dengan lancar walaupun di bawah panahan terik sinar mentari. Amanah yang diberikan sebagai penganjur bersama dengan Kelab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (K3P) ternyata tidak sipersiakan. Semoga apa yang terakam dalam lensa kamera akan menjadi titipan memori terindah kepada anda semua.
Syabas kepada para guru dan pensyarah Pra-U yang memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada para pelajar Pra-U 2 dalam menguruskan program tersebut. [Foto]