
Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon STPM 2009 yang telah berjaya mendapat tawaran ke IPTA. Sehingga maklumat ini disiarkan seramai 27 orang calon telah mengesahkan tempat mereka di IPTA. Walau bagaimanapun beberapa orang calon lagi dijangka akan mendapat tawaran memandangkan masih ada lagi para pelajar yang mendapat pointer yang agak baik masih belum mendapat tawaran.
Walau bagaimanapun kami difahamkan mulai tahun ini beberapa perkara telah diperkenalkan. Umpamanya, mereka yang ditawarkan oleh USM tidak akan menerima tawaran daripada UPU. Begitu juga mereka yang memohon pendidikan di UPSI, nama mereka akan dikeluarkan daripada kursus-kursus lain yang dipohon semasa mengisi borang UPU.
Sehubungan dengan itu para pelajar yang mendapat pointer 2.7 ke atas tetapi masih belum mendapat sebarang tawaran, dinasihati membuat rayuan secara online dengan kadar yang segera. Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Klik
di sini untuk senarai pelajar yang telah mendapat tawaran IPTA
Tinta Pujangga
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa. Begitulah hubungan antara budi dan bahasa. Kata orang lagi... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Jelasnya tinggi dan rendahnya harga diri dan budi seseorang itu bergantung kepada bahasa yang digunakan. Dan, dengan budi bahasa yang tinggi, menjadikan seseorang itu dihormati oleh rakan dan taulan. Sekian adanya.
Subscribe Here
