6/29/2010

HAC 2010: TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...

6/29/2010
Hari Anugerah Cemerlang Kali-36, 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada para pelajar STPM 2009 yang telah berjaya meraih hadiah kecemerlangan daripada pihak sekolah. Walau bagaimanapun tidak semua pelajar dapat hadir memandangkan pada tarikh tersebut ada yang mendaftarkan diri di IPTA.

Para pelajar yang menerima anugerah Pelajar Terbaik STPM 2009;
1. GAN HUI KHEE
2. WONG HUI SHEIN
3. NURUL SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI
4. NORFAEZAH BINTI MOHAMMAD KHAIRY
5. CHAO XIANG MEI
6. FONG MEI LING
7. NURFARA JULIANA BINTI JAMIL
8. NURMIMI FARDIANA BINTI MOHD. TOHA
9. CHEN FOONG YEE
10. NUR AZIEMAH BINTI ABD. AZIS
11. WONG LEE PING
12. AINA AMIRA BINTI BAHAROM
13. NORSHARINA BINTI MOHAMED HASDI

Para pelajar yang menerima anugerah Pelajar Terbaik Mata Plajaran STPM 2009;

1. NURUL SYAHIRAH BT ZULKIFLI (Pengajian Am)
2. NURMIMI FARDIANA BT MOHD TOHA (Bahasa Melayu)
3. AINA AMIRA BINTI BAHAROM (Pengajian Am)
4. FONG MEI LING (Ekonomi)
5. AHMAD HIZMY BIN HASSAN (Seni Visual)
6. AZRUL AZIZIUL MUKMININ BIN MOHAMED TAHIR (Sejarah)
7. NOR FAEZAH BINTI MOHAMMAD KHAIRY (Geografi)
8. WONG HUI SHEIN (Matematik T & Kimia)
9. GAN HUI KEE (Bilogi)
10. KHAIRUL FIKRI BIN ZUKIRMAN (Kesusasteraan Melayu)

6/22/2010

TAHNIAH !

6/22/2010
Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon STPM 2009 yang telah berjaya mendapat tawaran ke IPTA. Sehingga maklumat ini disiarkan seramai 27 orang calon telah mengesahkan tempat mereka di IPTA. Walau bagaimanapun beberapa orang calon lagi dijangka akan mendapat tawaran memandangkan masih ada lagi para pelajar yang mendapat pointer yang agak baik masih belum mendapat tawaran.

Walau bagaimanapun kami difahamkan mulai tahun ini beberapa perkara telah diperkenalkan. Umpamanya, mereka yang ditawarkan oleh USM tidak akan menerima tawaran daripada UPU. Begitu juga mereka yang memohon pendidikan di UPSI, nama mereka akan dikeluarkan daripada kursus-kursus lain yang dipohon semasa mengisi borang UPU.

Sehubungan dengan itu para pelajar yang mendapat pointer 2.7 ke atas tetapi masih belum mendapat sebarang tawaran, dinasihati membuat rayuan secara online dengan kadar yang segera. Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Klik di sini untuk senarai pelajar yang telah mendapat tawaran IPTA

6/05/2010

GAT6: MAKLUMAT TERKINI...

6/05/2010
Berita Harian bertarikh 19 Mei 2010 – GURU TINGKATAN 6 MEMANGKU DG44, DG48, DG52 SEJAK 1/1/2008 SUDAH LEBIH DUA TAHUN MASIH BELUM DISAHKAN JAWATAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “BASHA:BHA001163”, dalam ruangan rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 19 Mei 2010 ‘Guru Tingkatan 6 memangku DG44, DG48, DG52 sejak 1/12008 sudah lebih dua tahun masih belum disahkan jawatan’.

Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) ke Gred DG44, DG48 dan DG52 di sekolah-sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 di bawah Fasa 1 (Kumpulan Pertama), boleh disemak melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 16 Mei 2010. Surat-surat penyiaran kenaikan pangkat bagi Negeri Pahang, Perak, Kedah, Sabah, Bahagian Pendidikan Islam dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dikemukakan kepada calon melalui Ketua Jabatan mulai 26 Mei 2010 hingga 1 Jun 2010. Bagi Negeri/Bahagian lain, surat-surat penyiaran dijangka akan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian yang berkenaan pada 2 Jun 2010.

Bagi calon-calon di bawah Fasa 1 (Kumpulan Kedua) iaitu mereka yang tidak dapat dikekalkan di sekolah yang sama di bawah Fasa 1 (Kumpulan Pertama) kerana tiada kekosongan jawatan dan pakej mata pelajaran, mereka ditempatkan di sekolah lain yang masih terdapat kekosongan jawatan dan pakej mata pelajaran.

Perakuan kenaikan pangkat calon-calon tersebut yang ditempatkan mulai 18 Julai 2009 dijangka dikemukakan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) pada akhir bulan Jun 2010 setelah semua perakuan diterima dari JPN/Bahagian yang berkenaan. Setakat ini, calon-calon bagi Negeri Melaka dan Johor telah dikemukakan pada 10 Mei 2010 untuk pertimbangan LKPPP di JPA. Untuk maklumat lanjut, calon-calon boleh menghubungi pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi urusan pemangkuan/kenaikan pangkat Tingkatan 6 mengikut Negeri/Bahagian di talian-talian seperti berikut:

Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional, Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster
03-88847935

Johor, Melaka dan Bahagian Pendidikan Islam03-88847959

Sabah dan Perak 03-88847930

Perlis, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya dan W.P Labuan 03-88721418

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

6/04/2010

BERAKHIRNYA KOLOKIUM UNTUK PELAJAR PRA-U 2

6/04/2010
Pada hari ini sempurnalah sudah siri pembentangan R&D pelajar dalam kolokium ke 3 dan 4. Kolokium bermula pada tahun lepas sewaktu pelajar berada di pra-u 1. Mengikut keputusan jawatankuasa penyelidikan, setiap orang pelajar dikehendaki menghasilkan empat kajian akademik. Walau bagaimanapun hanya 3 sahaja yang perlu dibentangkan manakala satu kajian lagi hanya perlu dipersembahkan dalam bentuk penulisan sahaja.

Dalam sesi terakhir pada hari ini turut dihadiri oleh para pelajar pra-u 1 sesi 2010/2011. Mereka dilibatkan bagi menimba pengetahuan dan pengalaman sebelum mereka akan terlibat dalam menjayakan penyelidikan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun jawatankuasa penyelidikan pra-u ada menyatakan bahawa format penyelidikan pada tahun ini akan mengalami sedikit sebanyak perubahan. Perubahan tersebut difikirkan perlu memandangkan para pelajar pra-u 1 sekarang ini belum lagi melalui sistem modular sepenuhnya.

6/02/2010

MESYUARAT AGUNG VAD 45 PRA-U SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

6/02/2010
Pada hari ini mesyuarat agung VAD 45 Prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim kali pertama diadakan di bilik kuliah A, Pra-U. Mesyuarat agung dirasmikan oleh En.Asris Ali, Penolong Kanan Tingkatan Enam. Turut hadir ialah Mej.(RC) En.Mohamad Fais Jamil, Setiausaha BSMM Cabang Tg.Malim dan Slim River.

Seluruh pelajar prauniversiti 1 dan 2 turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tersebut. Dalam mesyuarat tersebut turut dinyatakan pemakaian pangkat kepada guru dan pelajar. Penolong Kanan Tingkatan Enam memakai Lt.Kol.(RC), manakala para pensyarah lain memakai pangkat Mej.(RC). Kecuali kepada pensyarah yang memegang jawatan di peringkat cabang akan kekal dengan pangkat masing-masing iaitu Lt.Kol.RC) Abd Malek Selamat (Timbalan Pengerusi) dan Lt.Kol.(RC) Alias Haron (Naib Pengerusi 2).

Manakala pemakaian pangkat dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut. Pengerusi / Komanden (Kapten), Naib Pengerusi (Leftenan), Bendahari (Leftenan Muda) dan Setiausaha (Staff Sarjan).

Tahniah kepada Norhashimah Hamerudin, Mohd Shahril Yusoff, Nor Khalilah Duriat, Azwan Awaluddin dan Ng Kar Heng kerana terpilih dalam pemilihan bagi mengisi jawatan utama dalam Jawatankuasa Unit VAD 45 Pra-U SMK Khir Johari, Tg.Malim. [FOTO]
 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

  • Ketika. - Ingin mengerti tentang dingin tanyalah pada hujan ketika ia turun Ingin mengerti tentang cinta tanyalah pada hati ketika ia berdoa.
    1 day ago
  • tepung pelita moden - sangat mudah sangat senang.... bahan lapisan bawah: 1. 3 cawan tepung beras 2. 1 cawan gula 3. sedikit garam 4. 5 cawan air 5. daun pandan bahan lapisan ...
    2 months ago

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa